Wednesday 13 March 2013

Tiada perkataan Melayu dalam manifesto PR!



POINT UTAMA MANIFESTO PAKATAN RAKYAT
  1. Harga Minyak Turun.
  2. Tarif Elektrik Turun & Lebih Rendah.
  3. Tarif Air Turun.
  4. Hapus Tol.
  5. Hapus Monopoli.
  6. Harga kereta Turun Serendah RM25,000.
  7. Hapus Saman AES, Batal Saman AES.
  8. Pendidikan Percuma Untuk Semua & Hapus PTPTN.
  9. 150,000 Rumah Mampu Milik.
  10. Lain2 berkaitan projek2, alam sekitar (hentikan projek Lynas), cukai, wujudkan 1 juta peluang pekerjaan dengan kurangkan buruh asing, gaji minima RM1,100 sebulan, tentera, pemandu teksi, pengangkutan, perubatan, pendidikan (mansuh AUKU & kebebasan akademik), banteras rasuah dan lain2.


Sila faham dulu apa maksud manifesto, sebab ada seorang MB cakap manifesto itu bukanlah satu janji.

Tapi, Menurut Kamus Oxford
    • Maksud perkataan manifesto ditakrifkan sebagai satu pernyataan, janji atau deklarasi secara bertulis yang digunakan seseorang atau sebuah parti politik semasa kempen pilihan raya bagi mendapat perhatian, simpati dan sokongan pengundi.
“Secara keseluruhannya maksud Manifesto adalah satu pengisytiharan yang diterbitkan lisan niat, motif, atau pandangan penerbit, individu, kumpulan, parti politik atau kerajaan. Manifesto biasanya menerima pendapat sebelum diterbitkan atau konsensus awam atau menggalakkan idea baru dengan tanggapan preskriptif (prescriptive) untuk menjalankan perubahan penulis percaya perlu dibuat.”
Jadi, apa makna semua manifesto ini kalau bukanlah berniat untuk ditunaikan?

Cukuplah kita telah ditipu dan diperdaya oleh Pakatan Rakyat selama ini. Cuba lihat dan teliti satu persatu, helaian demi helaian, tiada langsung tertulis perkataan Melayu dalam manifesto tu. Kesian orang Melayu, menang sorak, kampung tergadai.


No comments:

Post a Comment

Total Pageviews