Sunday 31 March 2013

Helen Ang: Pas patut kembali kepada matlamat asal penubuhan, seperti yang dikehendaki penyokong-penyokongnya.


Helen Ang, lulusan USM memulakan karier kewartawanannya di NST (New Straits Times) pada awal tahun 1990-an, kemudian The Star dan pada tahun 2005 menjadi kolumnis di portal Malaysiakini. Pada tahun 2011, disebabkan siri-siri rencana yang ditulisnya dalam kolum Malaysiakini yang dianggap ‘bertentangan arus’, maka perkhidmatannya di portal itu dibekukan dan kolum itu ditutup.


Baru-baru ini Helen Ang telah dedahkan mengenai dasar racist DAP di blognya: http://helenang.wordpress.com/2013/03/31/silent-anger-among-malays-is-growing/ 

Bermakna, sebelum berblog di helenang.wordpress.com/, sekitar Julai 2011, Helen Ang sudah terlibat dalam dunia kewartawanan lebih kurang selama 17 tahun.
Apabila ditanya kenapa dia menjadikan Hannah Yeoh sebagai subjek utama penulisannya, katanya, “Dia adalah subjek menarik, menggambarkan jiwa ‘DAP baru’”.









Temubual wartawan bersama Helen:
Apakah yang dimaksudnya sebagai ‘DAP baru’ ? Ikuti wawancara lengkap bersamanya yang berlangsung di satu tempat di Kelana Jaya, pada 18 September 2012.
wartawan : Saya difahamkan dahulu anda adalah kolumnis Malaysiakini, kemudian telah dibekukan. Kenapa dibekukan ?
Helen Ang : Sebab para pembacanya terlalu berfikiran tertutup. Pembacanya yang pro pembangkang itu, cara mereka berfikir, kalau kita tulis yang tidak berpihak kepada mereka, kita dianggap sebagai musuh.
Seperti anda sudah mengesahkan bahawa portal Malaysiakini majoriti pembacanya adalah pro-pembangkang?
Agaknyalah, nampaknya seperti itu lah. Dari pengalaman saya pun begitu.
Maksudnya sebagai kolumnis, anda tidak boleh menulis idea yang bertentangan dengan idealisme pembaca portal, jika tidak idea anda akan ditolak ?
Bukan sekadar ditolak, tetapi mereka menentang, cara mereka menentang itu, pada saya kurang berhemah..
Misalnya?
Misalnya macam kita tengok komen-komen kat blog, ada yang berbahasa kesat, ada yang buat fitnah, ada yang sebarkan dakyah.
Em, sampai ke tahap tu. Kira serang peribadilah. Bukan serang idea.
Jadi, boleh saya buat kesimpulan bahawa, anda sebagai kolumnis Malaysiakini, penulisan mesti pro pembangkang kerana pembacanya merasakan portal itu hak milik pembangkang. Begitu ?
Boleh..boleh dianggap begitu (sambil ketawa)
Sedangkan portal itu mendakwa media bebas ?
Saya ingat, pembaca yang arif boleh menilaikannya sendiri.
Apakah contoh penulisan anda yang bertentangan dengan idealisme pembaca Malaysiakini ?
Waktu itu tercetus isu kalimah Allah. Saya tulis dalam bahasa Inggeris, saya kata, ‘the convention of ‘Allah’ belongs to Islam’ (konvensyen kalimah ‘Allah’ adalah hak milik Islam).
Kes tu saya rasa tak patut, macam cara mereka serang, sebab, saya kata waktu itu orang Melayu marah, mereka marah sebab mereka adalah masyarakat Islam dan bukan sebab dihasut oleh UMNO.
Tetapi pembaca pembangkang, mereka tidak menerima hakikat itu, mereka terpengaruh, mereka percaya bahawa UMNO yang menjadi penghasut, pada mereka UMNOlah yang mencetuskan kemelut supaya orang Melayu marah tentang kes kalimah Allah itu.
Rasa-rasanya pembaca Malaysiakini tak kenal hati budi masyarakat Melayu. Mereka tak tahu baca naluri masyarakat Melayu, mereka tak dapat nilai perkaitan Melayu dengan Islam.
Jadi mereka ingat ‘oo itu mesti kerja UMNO yang hasut’, padahal yang saya lihat bukan faktor UMNO tetapi cetusan hati nurani masyarakat Islam.
‘Mereka’ ? Maksudnya majoriti pembaca bukan Melayu ?
Memang, khususnya artikel dalam bahasa Inggeris.
Faktor itu jadi penyebab dibekukan jadi kolumnis ?
Ya. Itu pandangan Steven Gan (ketua editor) lah. Dia kata, seorang kolumnis itu tidak sepatutnya menulis sampai ke tahap majoriti pembaca menentang dengan sering bergaduh dengan kolumnis tersebut.
Majoriti pembaca Malaysiakini menentang idea anda ?
A’ha majoriti menentang saya, sebab ramai pembaca Malaysiakini tu penyokong DAP.
Lepas tu ada satu kes lagi, tentang Kampung Buah Pala.
Saya kata, tindakan Lim Guan Eng tentang kes Kampung Buah Pala itu tak betul. Cuba bayangkanlah reaksi pembaca Malaysiakini ?.
Saya rasa, masyarakat Pulau Pinang terlalu taksub kepada Lim Guan Eng. Jadi bila Timbalan Ketua Menteri kata Lim Guan Eng dianggap sebagai ‘tokong’ itu, pada saya agak bertepatan lah.
Macam rasa pelik kan, semua masyarakat Cina mesti menyokong Lim Guan Eng. Kalau tak sokong tu maksudnya orang itu macam tak betul (ketawa).
Wajib kena sokong Lim Guan Eng. Saya pun tak faham macam mana mereka boleh begitu taksub.
Anda kecewa dibekukan jadi kolumnis Malaysiakini ?
Tidak. Kita ada pandangan kita, mentang-mentang pandangan kita tidak sehaluan dengan pandangan pembangkang yang mereka mahu…kemudian diganggu, nak menyusahkan.
Sepatutnya, kalau berlainan pendapat, biar saja lah kan. Kita berdasarkan pasaran, tengok siapa yang lebih bernas. Tapi mereka tak. Mereka mesti serang macam shoot the messenger.
Kononnya nak memperjuangkan kebebasan bersuara, kebebasan berfikir…tapi mana ada.
Selepas dibekukan dari Malaysiakini, anda mula berblog ?
Ya. Lepas beberapa bulan seperti itu.
Posting pertama saya tu, saya buat sekitar lewat bulan Julai 2011. Sudah setahun yang lalu.
Baru setahun sahaja, tetapi cepat popular. Ada apa-apa rahsia ?
Rahsia cepat popular….em..pada hemat saya faktor bahasa Melayu. Sebelum ini saya tulis dalam bahasa Inggeris.
Lepas dapat ijazah dari USM sekitar awal tahun 1990-an, saya mula bekerja di NST selama 5 tahun, selepas itu di The Star juga selama 5 tahun.
Kemudian sekitar tahun 2005, saya jadi kolumnis Malaysiakini, sehingga dibekukan pada tahun 2011.
Di NST, The Star dan Malaysiakini, semuanya dalam bahasa Inggeris, apabila berblog, saya menulis dalam bahasa Melayu.
Tukar bahasa, maksudnya dapat pembaca baru ?
Ya. Saya rasa pembaca baru seperti lautan biru. Lebih mencabar. Sebab, kalau ikut pola pemikiran pembaca Malaysiakini, saya sudah tahu. Tetapi pola pemikiran pembaca baru, maksud saya pembaca Melayu, saya rasa lebih menarik.
Menarik ? Misalnya ?
Ya, macam kes logo burung merpati. Logo menyambut hari kebangsaan 31 Ogos 2012 yang dibuat pembangkang itu, bagi mereka yang belum terdedah anggap perkara baru.
Perkara-perkara tu kita dah tahu. Kaitan burung merpati dengan Kristianiti, kita dah tahu.
Apa yang mendorong anda untuk berblog ?
Ada rasa terdorong untuk teruskan perjuangan. Saya rasakan, seperti saya sudah ada pembaca regular lah kan.
Kalau penyokong-penyokong DAP serang saya di blog, para pembaca blog saya akan mempertahankannya. Jadi, ini memudahkan saya untuk terus menulis.
Sebab saya tengok ada sesetengah wartawan lain, mereka diserang habis-habisan tanpa berpeluang membela diri.
Ingat tak baru-baru ini ada satu rencana, yang ditulis di The Star, tulis tentang kes Lim Guan Eng rembat tanah.
Lepas itu Lim Guan Eng mula serang wartawan tu. Dia adakan sidang akhbar, dia serang pemberita itu dan akhbar The Star siarkannya tanpa mempertahankan kakitangannya sendiri.
Jadi, saya rasa itu kelebihan yang ada pada blogger berbanding dengan wartawan yang ada majikan.
Kalau kita kerja dengan majikan, ada hadnya. Kena ikut rentak penerbitan. Tapi blog ni, kita punya, macam sendirian berhad lah kan…nak buat apa kita yang tentukan sendiri. Itu kelebihan yang ada pada blogger.
Macam wartawan The Star tu, kalau dia mahu tulis lagi tentang Lim Guan Eng, mungkin dia terpaksa berfikir dua kali sebab dia tak ada wadah untuk mempertahankan dirinya.
Sebab Lim Guan Eng tu dia tak bagi peluang. Banyak kes, dia tak bagi peluang. Dia akan serang semula. Dia pernah serang SM Mohamad Idris. Bayangkan, Pengerusi CAP (Persatuan Pengguna) pun dia serang.
Dalam tulisan-tulisan di blog, banyak tulisan menyentuh tentang satu individu bernama Hannah Yeoh. Kenapa?
Saya rasa, dia adalah subjek menarik, menggambarkan jiwa ‘DAP baru’.
Maksudnya ?
Dari segi Kristian. Saya nampak saf pimpinan muda DAP ini, yang baru menyertai DAP selepas tahun 2008. Bukan sekadar lambang tetapi sudah seperti satu aliran…
Aliran Kristian?
Ya, aliran pemikiran Kristian.
Seperti anda selalu letakkan foto Hannah Yeoh seorang Kristian tetapi pakai tudung ?
A’ha. Macam sesumpah. Sebab pegangan Kristian dia tu amat kuat tetapi dia berlagak macam ‘muslimah’.
Sedangkan dalam satu acara tu, kalau tak silap saya waktu gereja City Harvest dibuka di Subang Jaya, dia jadi jemputan tetamu khas.
Mungkin ada strategi pakai tudung ?
Saya rasa kalau kita mengunjung ke rumah ibadat, itu cara kita tunjuk hormatlah. Tapi kalau sekadar nak makan kenduri, macam Hannah, dia pakai tudung untuk makan kenduri, itu saya rasa dia kurang ikhlas lah.
Seolah-olah boleh buat apa saja semata-mata untuk memancing undi Melayu.
Kalau kita tengok MCA dengan UMNO yang sama-sama dalam Perikatan sejak tahun 1952, lebih kurang 60 tahun bersama tetapi tak pernah pun kita tengok yang Ketua Wanita MCA menunjuk-nunjuk macam ini.
Dia (Hannah) buat tu terlalu mendadak. Sebab Wanita DAP pun tak buat macam tu kan.
Tapi bukan Hannah seorang saja kan. Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke. Dia kata tak membantah hudud Pas ataupun dia tak bantah Pas menyatakan aspirasinya.
Satu lagi baru-baru ni ada rumah terbuka hari raya di Seremban, program diasingkan jantina. Anthony Loke kata dia tak kisah.
Maksudnya dia sudah macam Hannah, ada pendekatan baru.
Ada pendekatan baru ?
Ok, kalau Pas, mereka janjikan kepada penyokongnya akan laksanakan hudud. Manakala DAP pula, mereka janjikan kepada penyokong mereka sebaliknya iaitu hudud tidak akan dilaksanakan.
Maksudnya kalau kita lihat kesudahannya salah satu parti mesti menipu. Laksana ke tak laksana.
Kalau laksana hudud tu maksudnya DAP tipu penyokongnya. Kalau tak laksana hudud maksudnya Pas yang tipu penyokongnya.
Sebagai satu strategi dapatkan undi ?
Saya rasa, memang undi Cina tu mereka tak dapat tambahkan lagi sampai tahap maksimum. Sekarang ini mereka mahukan undi Melayu, mereka sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan undi itu.
Jadi saya rasa macam Anthony Loke, saya rasa dia boleh kata, DAPsy tak membantah hudud, DAPsy tak membantah keramaian awam jantina diasingkan.
Saya rasa dia cakap macam tu sebab penyokong DAP sudah menghalalkan segala-galanya. Maksudnya kalau pucuk pimpinan DAP nak kata itu, kata ini, semua mereka sokong buta sahaja.
Bila dah dapat kuasa seperti kes kerajaan Selangor ?
Kalau kita ambil kes pawagam. Maksudnya ketiga-tiga parti, walaupun satu Pakatan tetapi akhirnya mereka bertembung sesama sendiri.
Selain bertudung, ada strategi lain DAP nak dapatkan undi Melayu ?
Ada juga perubahan kosmetik. Contohnya DAP tarik masuk Zairil, Aspan. Semuanya nama Melayu kan.
Lim Guan Eng, kalau dia lantik Setiausaha Politik (Setpol) orang Cina pun semua orang tak tahu kan. Tapi bila dia lantik Zairil tu, dia panggil sidang akhbar dan kenalkan ini Setpol saya yang Melayu.
Walhal DAP selalu kata parti mereka bukan parti perkauman. Kalau dia tak titik-beratkan kaum atau bangsa, kenapa dia mesti kata Zairil tu Melayu. Katalah ini Setpol saya, Zairil. Tetapi, dia sebut juga Zairil sebagai Setpol Melayu.
Seperti lantik Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang ?
Saya rasa mereka masih perlukan Anwar sebagai ‘figurehead
Kenapa penting sangat dapatkan undi Melayu, sedangkan mereka bertanding di kawasan Cina yang pastinya boleh menang?
Saya ingat mereka hendak naik taraf. Sebab kalau dapat undi Cina itu sahaja dikatakan parti perkauman.
Tapi kalau dapat undi Melayu mereka boleh mendabik dada dan menguar-uarkan sekarang ni DAP sudah menjadi parti bertaraf kebangsaan.
Apakah ini trend DAP sekarang ?
Saya rasa mereka ikut rentak Lim Guan Eng dan puak-puak Kristian evangelis.
Pada masa ini, penyokong DAP sudah serahkan sepenuh kepercayaan kepada pucuk pimpinan. Jadi apa yang pemimpin mereka putuskan, akan mendapat sokongan mantap.
Jadi, keadaan ini memberikan DAP kelonggaran untuk berpolitik mengikut rentak mereka.
Maksudnya berpolitik itu dengan sasaran nak menawan Putrajaya ataupun berpolitik untuk menambah undi Melayu. Jadi, semuanya dihalalkan oleh penyokongnya.
Saya ingat kalau baca blog saya, sudah terang lagi bersuluh, saya sudah tulis pendapat saya tentang Lim Guan Eng.
Maksudnya ragu-ragu terhadap kepimpinan Lim Guan Eng?
Yang saya tengok tu secara peribadilah, saya tak suka layanan dia terhadap masyarakat India.
Kes Kampung Buah Pala tu kira sebagai pemangkinlah. Membuka mata. Dia cakap lain tapi bikin lain.
Akan berlaku regime change pada Pilihan Raya Umum ke-13 ?
Saya ingat soalan itu kena tujukan pada SB sebab mereka yang paling tahu kan, mereka turun sampai ke akar umbi. Orang politik ni kadang kala mereka bising sangat kan.
Kita tak tahu apa sebenarnya sentimen yang berlaku pada peringkat akar umbi.
Ok. kalau saya jadi ‘tukang tilik’, saya rasa pengaruh DAP akan memuncak pada PRU 13 ini. Mereka ada momentum..
Saya kira DAP akan bawa gelombang sebab orang Cina dah merasai ok, setakat ni kami amat berjaya. Jadi, mereka yakin akan dapat lebih undi lagi.
Maksudnya, DAP makin dapat kuasa, sebab itu mereka perlukan undi Melayu sebab itu mereka perlukan PAS ?
Mungkin.. tetapi lebih besar kemungkinan, Pas yang akan tinggalkan DAP dulu.
Apa itu ?…Aha kahwin mutaah.
Saya kira apabila Pas sudah cukup terdesak, Pas akan kembali ke pangkal jalan. Maksudnya kembali ke matlamat asal parti itu.. apa yang dikehendaki oleh penyokong-penyokongnya.
Pas itu parti Islam, mahu tak mahu hendak memenuhi aspirasi orang Melayu. Jadi kalau dah sampai ke tahap penghujung jalan, mereka kena pilih juga. Saya rasa Pas akan memilih untuk berpegang amanah dengan masyarakat Melayu.
Adakah masyarakat Cina melihat berpolitik stail DAP itu menguntungkan?
Ada ungkapan Melayu…ya ‘menang sorak kampung tergadai’. Saya rasa orang Cina macam tu, dia menang sorak PRU 13 tapi kepentingan jangka panjang akan tergadai.
Saya rasa, masyarakat Cina akan terus tersisih daripada arus perdana kalau terikut-ikut telunjuk DAP.
Sekarang ni pra PRU, semangat dah berkobar-kobar. Jadi, saya rasa bila dah lepas PRU 13, menjadi titik noktah yang baru.
Dalam jangka pendek, ia menguntungkan DAP sebab DAP dapat banyak kerusi, dapat gelaran YB, dapat portfolio-portfolio.
Anda kata tadi ada agenda Kristian dalam DAP, apakah agenda Kristian ditarget kepada DAP atau PKR?
Dua-dua. Saya rasa kalau nak dibanding di antara DAP dengan PKR, DAP tu sama macam PAS lah.
Dalam politik, sekarang ini DAP sanggup bertongakkan agama. Maksudnya, kalau PAS menjaja Islam, saya rasa DAP ini pula sanggup menjaja Kristian.
Oh..Ini yang anda kata tadi sebagai ‘DAP baru’?
Ya.
Adakah Lim Guan Eng sendiri beragama Kristian?
Ha..soalan ini memang menarik. Adakah Guan Eng seorang Kristian? Saya rasa blog-blog lain harus tanya, lontarkan soalan ini ke arena terbuka supaya dia wajib jawab, supaya semua orang dapat tahu.
Sebab sekarang ini dia berselindung. Saya rasa, soalan ini yang paling penting sekali supaya suasana tidak terus keruh.
Teresa Kok sudah terang-terang mengaku Kristian. Yang kita nak tahu, Guan Eng, agama apa? Dah 5 tahun tapi masih samar-samar lagi.

Saturday 30 March 2013

Kronisme & Nepotisme PR.


Siapa sebenar kronisme atau nepotisme? .. Ketika mahathir pegang umno dia x beri anak dia bertanding peringkat parlimen, mukhriz menjadi MP slps Tun meletak jawatan PM. 
Semasa pak lah menjadi PM, cuma menantu sahaja bertanding, anak2 tak terlibat politik. 
Begitu juga Dato Seri Najib menjadi PM selepas Tun Razak tiada.

Cuba kaji semula apakah motif utama penubuhan PAS dan PKR dahulu? Dan siapa sebenarnya DAP?

Thursday 28 March 2013

MENJAWAB VIDEO TURUNKAN HARGA KERETA RAFIZI RAMLI


BAHAGIAN 1


Pakatan Rakyat yang diketuai Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah mengeluarkan video manifesto mereka. Awal minggu ini dikeluarkan video turun harga kereta. Seperti semua sedia maklum mereka ingin menurunkan kadar cukai eksais kenderaan secara berperingkat dan kesan ini akan merendahkan pendapatan Negara untuk mentadbir urus bumi bertuah ini.
Menurut orang kanan mereka iaitu Rafizi Ramli, kesan penurunan pendapatan ini akan dapat ditampung dengan melelong permit import (AP) di pasaran.

Harus rakyat sedar, apabila AP ini dilelong, hanya mereka yang kaya raya sahaja akan berpeluang membida AP. Konsep lelong itu mudah, siapa yang membida dengan harga lebih tinggi pastinya mereka yang akan menang ke atas lelongan itu. Tindakan melelong ini tidak ubah seperti menutup peluang mereka yang berkemampuan mendapatkan AP dan AP hanya akan dikuasai oleh golongan kaya raya dan berkemungkinan krooni Pakatan Rakyat.

Lebih menarik apabila berbicara tentang video turun harga minyak. Bagi video turun harga minyak pula Pakatan Rakyat ingin turunkan harga minyak kepada RM1.50 seliter. Menurut Rafizi Ramli kadar subsidi tambahan yang perlu ditampung kerajaan hanyalah RM6.8billion setahun dan ianya mampu ditampung dengan mengalihkan subsidi PETRONAS sebanyak RM8billion yang disalurkan kepada syarikat IPP Ananda Khrisnan, Genting Group, YTL & Syarikat milik Syed Mokthar Albukhary.


Rafizi telah melakukan pelbagai pengabaian statistik didalam video tersebut:-

PERTAMA: Rafizi menyatakan menurut statistik International Energy agency (IEA) rakyat Malaysia menggunakan 10.3 billion liter petrol dan 6.3 billion liter diesel SETIAP TAHUN. Perkataan SETIAP TAHUN itu menunjukkan Rafizi mengabaikan peningkatan penggunaan petrol oleh rakyat Malaysia. Tinjauan di laman web IEA menunjukkan statistik terbaru adalah statistik pada tahun 2009. Oleh itu nilai subsidi tambahan bukan hanya RM6.8billion setahun seperti yang didakwa Rafizi tetapi lebih.


KEDUA : Minyak yang hendak diturunkan ini adalah RON95 atau RON97. Yakinlah Rafizi sengaja tidak menspesifikasikannya kerana ingin mengelirukan rakyat. Kelak beliau akan menyatakan bahawa beliau tidak menjanjikan minyak jenis apa yang ingin diturunkan.Akhirnya rakyat akan tertipu sekali lagi dengan manifesto mereka seperti mana rakyat teripu dengan manifesto di Selongar yang popular dengan kenyataan Menteri Besar Selangor iaitu “Manifesto Bukan Janji”.


KETIGA : Subsidi tambahan setiap tahun yang dinyatakan Rafizi hanya RM6.8billion itu telah mengabaikan pergerakan harga minyak yg bergerak pantas naik dan turun di pasaran dunia masa kini. Seandainya harga minyak secara tiba-tiba naik mendadak, seperti yang berlaku pada tahun-tahun yang lalu, adakah nilai subsidi tambahan itu masih kekal statik pada nilai RM6.8billion. Ianya mampu melangkau melebihi subsisdi PETRONAS RM8billion yang ingin dialihkan itu. Jika itu berlaku, duit dari mana lagi akan Rafizi dan Pakatan korek untuk menuhi janji populis mereka itu.

KEEMPAT: Berkaitan RM8billion subsidi PETRONAS yang ingin dialihkan oleh Rafizi daripada empat syarikat besar Negara itu adalah langkah yg tidak bertanggungjawab. Kehilangan subsidi akan merencatkan perniagaan empat syarikat gergasi ini. Kesannya pasti ramai pekerja akan kehilangan pekerjaan apabila perniagaan empat syarikat gergasi ni terjejas kerana pengalihan subsidi tersebut.

Ingatlah, malapetaka ekonomi seluruh dunia semuanya berpunya apabila terjejasnya perniagaan syarikat-syarikat gergasi di negara berkenaan. Sudahkah Rafizi menyediakan pekerjaan alternatif kepada mereka yang akan kehilangan pekerjaan hasil tindakan mengalihkan subsidi itu.


Mahukan anda melihat Malaysia juga lumpuh kerana terjejasnya syarikat yang merangsang ekonomi Negara. Perkara itu juga berlaku hanya ingin memenuhi janji populis pihak pembangkang? Terserah kepada anda untuk fikirkan. Anda bakal ada anak yang akan menwarisi Negara ini.
Kita tunggu pula video-video mansuh PTPTN dan Mansuh Tol.. Kita lihat berapa banyak lagi mengabaian statistik dan mengabaian kesan masa depan yang akan dilakukan oleh pihak Pakatan Rakyat. Untuk berkuasa janji yang akan memusnahkan masa depan dan pekerjaan rakyat pun sanggup dilakukan. Semoga rakyat terus dan terus berfikir.

from: sstdm.

Monday 25 March 2013

Persamaan antara Tun Mahathir, Taib Mahmud dan Nik Aziz.

Satu perkara yang harus dicernakan bagi memahami pembangkang Malaysia ialah apa saja yang dilihat salah bagi Barisan Nasional akan menjadi tidak apa sekiranya dilakukan oleh pemimpin mereka.  Antaranya, tidak apa bagi Nik Aziz untuk berkuasa sehingga meninggal dunia, tetapi adalah menjadi satu kesalahan besar untuk Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri lebih lama, atau untuk Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk terus menerajui Sarawak iaitu melangkaui 30 tahun.  

Kini, Tun Mahathir telah pun bersara dengan meninggalkan Malaysia di puncak, dihormati dan dikagumi di seluruh dunia.  Taib Mahmud pula belum bersara tetapi telah membuktikan komitmen yang berterusan, cekap dan berkebolehan membangunkan Sarawak di samping memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyatnya. 

Tetapi, Nik Aziz pula langsung tidak ingin bersara walaupun langsung tidak menjalankan tugas, melainkan berpolitik, berceramah, bertazkirah mengutuk dan menghukum orang sahaja kerjanya selama lebih 20 tahun sudah.    

Pun begitu, pembangkang tidak pula mempersoalkan Nik Aziz, tentang kenapa lebih 10,000 ekar tanah diberi kepada DAP, tentang kenapa Kelantan terus mundur, apa jadi dengan hasil pembalakan, atau kenapa masalah air tidak dapat diselesaikan atau kenapa masalah moral semakin parah?   Sebaliknya, mereka mencari-cari jalan untuk memburukkan Tan Sri Taib Mahmud walaupun rakyat Sarawak hidup dalam keadaan makmur dan sejahtera. dan apa yg org islam perlu sedar ialah di Sarawak orang Islam merupakan minoriti tetapi dengan usaha Taib Mahmud kita masih mengekalkan penguasaan orang Islam di sana.

Jelas, masalah pembangkang bukanlah berkenaan nasib atau kehidupan rakyat, tetapi berkenaan kuasa yang ada pada Taib Mahmud yang ingin direbut mereka.  Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Taib Mahmud merupakan benteng Barisan Nasional yang cukup ampuh menahan berbagai bentuk serangan selama bertahun-tahun. 

Memandangkan Pilihanraya semakin hampir, maka tidak hairanlah apabila tembakan untuk merobohkan benteng tersebut kembali kedengaran.  Kali ini, bukan dari luar, tetapi dari dalam, iaitu dari sepupu Taib Mahmud sendiri, Norlia Rahman, dengan menyebarkan video yang memaparkan perbincangan mengenai projek yang melibatkan pelaburan langsung asing di mana kononnya terdapat unsur-unsur korupsi yang jelas di pihak Taib.  Kononnya juga video tersebut adalah diambil secara sulit, tanpa disedari oleh watak-watak di dalamnya.

Apa yang pembikin video ini tidak tahu ialah, video ini mudah ditangkis hanya dengan melihat kepada latarbelakang Norlia dan memahami motifnya.   Norlia adalah anak kepada Rahman Yakub, iaitu bapa saudara kepada Taib Mahmud yang juga merupakan bekas Ketua Menteri dan Gabenor Sarawak. 

Dendam keluarga Norlia terhadap Taib Mahmud bermula sejurus selepas Taib Mahmud menggantikan bapanya sebagai Ketua Menteri pada 1981.  Pada ketika itu, Rahman Yakub dicatatkan sebagai memiliki 70% dari lesen pembalakan Lembahan Mewah melalui anak-anak perempuannya, manakala 30% lagi dimiliki oleh Datuk Tajang Laing, ADUN Belaga.   Taib Mahmud kemudiannya telah membatalkan 30 dari lesen pembalakan yang berkaitan dengan Abdul Rahman dan menuduh bapa saudaranya itu menganugerahkan 1.25 juta hektar konsesi balak bernilai RM22.5 billion kepada diri sendiri, keluarga dan sanak-saudaranya.

Bermula dari situ, perbalahan keluarga ini menjadi semakin besar di mana pada tahun 1985, Taib sekali lagi menyinggung Rahman dengan menyingkirkan beliau dari jawatan Yang diPertua Negeri.  

Rahman berpeluang melancarkan serang balas pada 1987 yang dikenali sebagai ‘Ming Court Affairs 1987’ dengan  mengumpulkan tandatangan ADUN dan mengetuai sekumpulan ahli politik Sarawak yang kecewa dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan PBDS untuk berkumpul di Hotel Ming Court, Kuala Lumpur bagi mendesak usul  hilang keyakinan terhadap kepimpinan Taib. Bagaimanapun, Taib dapat menghidu konspirasi ini lebih awal dan mengadakan pilihanraya tergempar lalu menang tipis iaitu 28 daripada 48 kerusi dan kemudiannya bertambah 8 kerusi lagi dari ADUN yang berpaling tadah.  

Jika Taib Mahmud tidak yakin bahawa tindakannya yang telah menyinggung bapa saudara sendiri sebagai tepat, tidak mungkin beliau berani menyelesaikan perkara ini melalui pilihanraya.   

Nampaknya, sepupu Taib Mahmud, Norlia tidak mempunyai keberanian yang sama untuk bersemuka dan ‘beradu tenaga’ dengan sepupunya mengikut jalan yang benar.   Tetapi, beliau telah memilih untuk berlakon memburukkan Taib kepada orang ramai.   

Sedangkan jika benar beliau bercakap benar, apa perlunya lakonan itu? 

Seolah-olah melengkapi dendam Norlia terhadap Taib, Norliz juga merupakan isteri kepada Datuk Justin Jinggut, bekas Timbalan Presiden SNAP yang sedang giat mempromosi diri untuk mendaki tangga tertinggi dalam PKR Sarawak.  Datuk Justin juga diketahui mempunyai hubungan yang akrab dengan Anwar Ibrahim. 

Nah, bukankah telah dikatakan bahawa video tersebut mudah ditangkis? 

Walaubagaimanapun, sekiranya kita seorang yang rasional, kita tidak perlu pun pergi sejauh itu untuk menilai ketulenan video tersebut.  Ini kerana lakonan dan situasi di dalam rakaman video tersebut kelihatan amat tidak masuk akal.  Mana mungkin perbincangan berkenaan urusniaga yang begitu besar dan kontroversi dilakukan di antara orang asing dalam keadaan mesra dan santai di bilik hotel kecil.   Perhatikan juga bagaimana skrip para pelakon yang tampak begitu  sengaja menyebut secara terperinci hubungan orang itu dengan orang ini termasuk masalah dalaman keluarga Taib. 

Pendek kata, gerak badan, skrip, tempat, watak dan segala-galanya mengenai video tersebut adalah terlalu amat jelas merupakan satu penipuan terancang dan bukannya dirakam tanpa sedar.  

Oleh itu, pesan kita kepada pembangkang, apa kata untuk sekali sahaja, carilah isu yang benar-benar asli untuk berhadapan dengan BN.  Cukup-cukuplah lakonan yang tidak masuk akal kerana ia sudah mula membuat kita merasa mual.

Thursday 21 March 2013

Dari mana datangnya semua kebencian itu?

Setiap huru-hara, kacau bilau, peperangan yang berlaku di mana-mana itu, bukan lah berlaku hanya dengan sekelip mata. Bukanlah tiba-tiba ia berlaku tanpa ada angin yang meniup. Hakikatnya, memang ada tangan-tangan asing yang masuk campur dan berniat utk menjatuhkan sesebuah negara. Hayatilah video ini tanpa ada apa-apa agenda politik. Tolong lah kaitkan dengan apa yang telah berlaku di Malaysia pada hari ini. Keamanan yang dikecapi kini bukan lah juga datang dengan sekelip mata. Banyak liku-liku yang perlu di lalui dan di tangani. Hargai selagi ia masih ada. Mohon tonton video ini dan sebarkan.


Kisah manifesto.

Wajib baca dan tahu :Perbandingan prestasi bursa Malaysia 3 menteri kewangan - Anwar Ibrahim, Tun M, DS Najib.


Hari ini kita melihat perbandingan kadar pasaran bursa Malaysia semasa tiga pemimpin bertindak sebagai Menteri Kewangan - Anwar Ibrahim, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak. 
Di bawah disertakan graf kita sama-sama nilai perubahan pasaran Bursa Malaysia semasa ketiga-tiga individu ini menjadi Menteri Kewangan - dari segi turun-naik pasaran. 
1. Anwar Ibrahim

Kadar bursa Malaysia pernah mencecah paras terendah dalam sejarah negara yakni 261.33 semasa Anwar Ibrahim menjawat jawatan Menteri Malaysia. 
Ketidakpercayaan pelabur terhadap kewibawaan Anwar Ibrahim mentadbir kewangan negara merupakan faktor utama menyebabkan jumlah pelaburan semakin berkurangan seterusnya mengakibatkan Bursa Malaysia jatuh menjunam sehingga paras terendah dalam sejarah negara. 
Namun tindakan Anwar Ibrahim yang mahu menyelamatkan keadaan dengan mencadangkan pinjaman wang daripada sekutunya, International Monetary Fund (IMF) mendapat tentangan Tun Mahathir Mohamad (Dato' Seri ketika itu) kerana dikhuatiri akan menyebabkan negara ini "terjajah" di bawah IMF. 
Maka Tun M terpaksa bertindak memecat Anwar dan mengambil alih semula pentadbiran kewangan negara.

2. Tun Dr. Mahathir Mohamad
Recovery by Tun Mahathir post-Anwarisme
Pada 1 September 1998, Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah dalam sejarah negara, 261.33 disebabkan kurang kepercayaan pelabur terhadap kewibawaan Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan dan juga turut disumbangkan oleh kegagalan Anwar menangani krisis ekonomi dunia bermula 1997. 
Maka pada 2 September 1998, Anwar Ibrahim telah dipecat dan Tun Dr. Mahathir (ketika itu, Dato' Seri) telah mengambil alih semula kementerian kewangan untuk mengembalikan kepercayaan pelabur kepada Malaysia. Hasilnya, berlaku peningkatan jumlah pelaburan dalam pasaran Bursa Malaysia menyebabkan Bursa Malaysia terus meningkat dan meningkat. 
( MiM : Anda baca di sini bagaimana Tun Dr Mahathir menggunakan kaedah un-orthodox untuk menyelamatkan negara Malaysia ketika krisis 1997 : KLIK SINI )
3. Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak
Paras tertinggi dalam sejarah era Najib Razak : 1699.68
Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak dilantik sebagai Menteri Kewangan di saat krisis ekonomi global ppada tahun 2008 masih terasa. Walau pun begitu, ternyata paras terendah Bursa Malaysia sepanjang Dato' Seri Najib bertindak sebagai Menteri Kewangan ialah 801.27 berbanding paras terendah Bursa Malaysia semasa zaman Anwar sebagai Menteri Kewangan, 261.33. 
Malah graf pasaran Bursa Malaysia terus melonjak semenjak Dato' Seri Najib dilantik sebagai Perdana Menteri kerana beberapa inisiatif kerajaan ternyata berjaya menarik golongan pelabur untuk membuat pelaburan di negara ini, disamping kepercayaan pelabur dengan kondisi ekonomi negara yang stabil. 
Hasilnya peluang pekerjaan terus meningkat dan pendapatan negara mampu dijana dengan baik.

Sumber: Dr Mim 

Rakyat Pulau Pinang Bantah Terowong Bawah Laut



Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai pada akhir Januari 2013 yang lepas, projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang telah mencapai kemajuan 90.15% dan dijangkakan siap sepenuhnya seawal September 2013 atau selewat-lewatnya dua bulan kemudian. 

Apabila siapnya projek itu kelak, sebahagian besar masalah kesesakan lalu lintas di Jambatan Pulau Pinang yang sedia ada dapat dikurangkan sekaligus memberi keselesaan kepada para pengguna untuk berulang alik dari pulau ke Seberang Perai.

Pengumuman tersebut nyata melegakan ramai pihak dan sudah tentunya mereka tidak lupa untuk berterima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana tetap meneruskan projek itu sekalipun Kerajaan Negeri dikuasai oleh DAP.

Bagaimana pun tak sampai dua bulan kemudiannya, tiba-tiba sahaja Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengumumkan kesediaan Kerajaan Negeri sudah bersedia untuk membina terowong bawah laut menghubungkan Gurner Drive di bahagian pulau dengan Bagan Ajam di sebelah tanah besar.

Selama dua tahun semenjak April 2011 Lim Guan Eng senyap tanpa berita selepas pengumuman awalnya dulu, sekarang bila sahaja dekat nak PRU 13 tergesa-gesa mengumumkan projek tersebut digerakkan segera. 

Nampak sangat DAP sedang bermain opera Cina untuk mengekang mood gembira khalayak ramai yang tika ini agak tidak sabar menantikan siapnya Jambatan Kedua Pulau Pinang. Adakah sandiwara ini berjaya menarik perhatian rakyat dan mengalih tumpuan umum kepada jasa Kerajaan Pusat?

Tentu sahaja tidak, kerana semasa dialog Kerajaan DAP Pulau Pinang bersama rakyat negeri itu pada 10 Mac lepas, rata-rata peserta yang hadir tidak yakin dengan kesungguhan Kerajaan Negeri yang di lihat hanya mengambil kesempatan untuk mengabui mata umum tatkala menjelang PRU 13.

Lagi pun ramai yang mempersoalkan pembinaan terowong bawah laut itu yang bukan sahaja tidak efektif dan merupakan satu pembaziran kerana buat masa sekarang sudah memadai negeri itu mempunyai dua jambatan termasuk yang sedang disiapkan sekarang.

Tambahan pula kos anggaran RM6.3 bilion untuk projek sedemikian jika dilaburkan untuk naik taraf jalan-jalan sedia ada di samping menambah baik kemudahan pengangkutan awam jauh lebih berbaloi untuk jangka masa pendek dan panjang.

Jambatan kedua belum pun siap untuk digunakan sudah bermimpi mahu membina terowong bawah laut, besar melampau angan-angannya tapi tak kena dengan masanya. Sepatutnya guna dulu jambatan kedua dan lihat keberkesanannya, bila wujud keperluan barulah bina jambatan ketiga atau pun terowong.


Wednesday 20 March 2013

Altantuya Najib vs Penipuan Anwar Ibrahim


Semenjak gambar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan seorang lelaki berkulit putih dalam aksi gay terbit, perkataan yang tidak putus-putus di kalangan penyokong pembangkang ialah…fitnah…tak takut mati ke…tak risau ke…jijik…

Agak menarik bukan, bila kena batang hidung pemimpin sendiri, maka secara pantas perwatakan Islam dan imej alim akan mula dimainkan.

Perkataan fitnah dan jijik semua akan keluar.

Hendak bertanyalah sikit….

Bila Anwar Ibrahim ke seluruh negara menjaja cerita bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri membunuh model Mongolia, Altantuya…Najib ada hubungan sulit dengan model tu….macam-macam lagi….apakah puak yang sekarang bercakap pasal fitnah….akan bertanya soalan yang sama kepada pemimpin dan diri mereka.

Masa tu di mana perasaan jijik dan soal aib apabila tanpa sebarang bukti Najib dituduh ada hubungan sulit dengan Altantuya?

Apakah yang Anwar duk laung satu negara sekadar berbekalkan air liur itu bukan fitnah? Kalau melibatkan Perdana Menteri kita takpe?

Dibolehkan…soal aib dan fitnah tolak tepi? Begitukah…

Hanya aib dan air muka Anwar dan keluarga yang perlu dijaga?

Siapa yang mula bercerita mengenai Anwar adalah peliwat…Najib kah? Baca lebih sikit….Karpal Singh pernah sebut di Parlimen dia ada bukti Anwar peliwat ketika Anwar Timbalan Perdana Menteri.

Sape guna istilah Al Juburi….Najib ke? Cuba tanya Mat Sabu untuk dapatkan pengesahan…

Sekarang bila sudah gang…mahu rebut Putrajaya sama-sama…hilang sudah semua dakwaan itu? Mana pergi Al Juburi…istilah yang diberikan oleh seorang pemimpin parti Islam!

Si tukang karut yang dibawa khas dari India untuk menjaja fitnah tu sempena Pilihan Raya Umum ke-13 pun dah meninggal dunia…tak tahulah…mungkin Allah SWT hendak melindungi Najib dan keluarga dari bala fitnah kot….

Mana bukti selain cakap-cakap kosong mensabitkan Najib dan keluarga dalam satu pembunuhan yang beliau telah berulang kali bersumpah dengan nama Allah SWT (termasuk di masjid) bahawa beliau tidak terbabit.

Sumpah Najib itu dipandang sepi….namun bila Anwar cerita pasal hantu Altantuya…sabitkan Najib…puak-puak yang sekarang duk kata gambar Anwar dalam posisi gay itu adalah fitnah…akan pertama sekali bersorak.

Ada konsep fitnah terpilih ke? Yakni kalau Anwar kena sah fitnah kalau Najib kena sah betul…

Kes Anwar kena ada 4 saksi…kes Najib takda pulak nak kata kena ada 4 saksi…terima bulat-bulat entah macha mana hala datang bercakap…

Lagi best penyokong Anwar yang percaya pasal Altantuya….bila Najib nafi…akan berkata; Tunggulah di sana nanti…jawablah nanti, mana mahu lari.

Puak yang cakap macam ni satu lagi hal…. dah jatuh hukum terus….confirm Najib membunuh yea walaupun yang bercakap tu pun sah takda bukti….

Sebetulnya…yang anti Anwar pun boleh cakap benda yang sama…”nafi gay yea…jawablah di sana nanti…mana mahu lari”.

Sudah tentu akan ada yang butthurt dengan artikel ni…(bukan sebab diliwat, tapi terasa diliwat kot…), akan kata ayat-ayat admin ampu PM… sebenarnyaitu lagi baik dari ampu si tuutttttttt…..tak leh sebut…nanti kata yang itu fitnah….

http://mynewshub.my/2013/03/16/dakwa-najib-bunuh-altantuya-ok-gambar-anwar-aksi-gay-fitnah/

Dapatkan Kit Tindakan, Jom Bertindak now!


Dasar Transformasi Negara Berjaya


Sejak mula dilantik menjadi Perdana Menteri pada 2009, saya bertekad untuk meneruskan perjuangan pemimpin-pemimpin sebelum ini yang sentiasa komited untuk memastikan Malaysia terus cemerlang hari demi hari. Sebab itulah, saya telah perkenalkan gagasan 1Malaysia yang mengamalkan prinsip Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Untuk memastikan setiap apa yang dilakukan oleh Kerajaan membuahkan hasil dan dapat memberi manfaat kepada rakyat, saya telah perkenalkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP). Kedua-dua program ini diperkenalkan pada 2010 serta 2011 dan ia diwujudkan bersama-sama Program Transformasi Politik dan Program Transformasi Sosial yang membentuk Dasar Transformasi Nasional. Kesemua insiatif tersebut diperkenalkan bertujuan bagi memastikan negara mencapai matlamat menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Alhamdulillah, dalam laporan tahunan GTP dan ETP yang saya bentangkan semalam, banyak kejayaan yang telah kita kecapi. Kejayaan demi kejayaan itu adalah hasil kerja keras semua pihak, daripada rakyat sehinggalah kepada pihak swasta dan penjawat awam. Kesannya, taraf dan kualiti hidup rakyat menjadi semakin baik, ekonomi negara menjadi semakin berkembang manakala kewangan negara terus kukuh hari demi hari.
Perancangan dan perlaksanaan GTP dan ETP ini bukan sahaja membuktikan iltizam Kerajaan untuk membangunkan negara, tetapi juga merupakan satu eksperimen paling berani Kerajaan dalam mengamalkan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban terhadap rakyat. Melalui GTP dan ETP ini rakyat boleh menilai prestasi Kerajaan menerusi laporan tahunan dan berkala yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.
Kecemerlangan prestasi negara ini boleh disaksikan daripada peningkatan Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita negara yang meningkat kepada AS$9,970 pada 2012 berbanding hanya AS$257 sahaja pada 1957. Ini adalah peningkatan sebanyak 4,000 peratus dalam tempoh lima dekad ini. Ia boleh diperjelaskan lagi apabila Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (PPIR) negara untuk tahun 2012 meningkat kepada RM5,000 daripada hanya RM4,025 pada 2009.
Saya juga gembira kerana kadar kemiskinan negara berada pada kadar hanya 1.7 peratus pada 2012 berbanding 60 peratus di awal tempoh kemerdekaan sebelum ini. Kadar inflasi negara juga kekal berada pada paras 1.2 peratus iaitu yang terendah di rantau ini.
Selain itu, saya sangat berbangga apabila insiatif yang diperkenalkan Kerajaan berjaya mengeluarkan kira-kira 100,000 orang rakyat daripada belenggu kemiskinan. Sebanyak 100,000 unit rumah mampu milik juga didirikan agar setiap rakyat berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri. Kerajaan juga menyediakan peruntukan sebanyak RM3.78 bilion untuk membiayai subsidi untuk mengurangkan beban perbelanjaan harian rakyat.
Ini membuktikan setiap apa yang diperkenalkan Kerajaan memberi manfaat kepada rakyat di negara ini. Ia sekali gus selari dengan konsep 1Malaysia yang mahu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan. Sebab itulah, semasa perbentangan semalam, saya turut mengumumkan yang Kerajaan akan menjadikan dan meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai inisiatif tahunan kepada rakyat.
Kesemua kejayaan itu adalah hasil daripada inisiatif Kerajaan yang bertungkus lumus memastikan setiap daripada tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) berjaya dilaksanakan. Tujuh NKRA berkenaan adalah Menangani Kos Sara Hidup Rakyat, Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah, Mempertingkatkan Infrastruktur Luar Bandar, Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar, Mempertingkatkan Pengangkutan Awam Bandar, Merujuk Inisiatif Membanteras Rasuah dan Mengurangkan Kadar Jenayah. Kesemua NKRA ini, Alhamdulillah berjaya dilaksanakan dengan baik sekali gus memberi manfaat berpanjangan kepada semua rakyat.
Dengan kecemerlangan prestasi negara itu, saya berharap rakyat dapat terus bersama-sama memberi sokongan kepada Kerajaan agar setiap apa yang dirancangkan untuk masa depan negara dapat dilaksanakan. Marilah kita bina masa depan yang gemilang untuk semua, marilah kita bina masa depan yang menjanjikan pulangan adil kepada yang bekerja keras, yang berkreativiti tinggi, yang berinovasi, dan yang sanggup mengambil risiko.Marilah kita bina sebuah Malaysia yang menjanjikan sebuah taman kebahagiaan untuk semua.
Admin: Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai Laporan Tahunan GTP & ETP sila layari laman web Pemandu atau baca teks ucapan penuh YAB Perdana Menteri di sini. 

Monday 18 March 2013

TERIMA KASIH TUN M!

Photo: "kita sendiri yang akan pertahankan NEGARA kita.." itulah antara kata semangat Tun pada semua anggota keselamatan d perjumpaan mesra Tun di Dewan Semai Bakti, felda Sahabat Lahad Datu 


kehadiran TUN DR MAHATHIR sedikit sebanyak beri semangat kepada pejuang-pejuang kita.

TERIMA KASIH TUN!!!

FAKTA KERAJAAN MALAYSIA TELAH MENYELAMATKAN EKONOMI NEGARA, KRISIS KEWANGAN GLOBAL 2007

HIDUP WANITA! 1M PURPLEWALK

Photo: 1MillionWomanWalk di Kuala Terengganu. HIDUP WANITA! Ehh~Photo: Ini di PUTRAJAYA! Hidup WANITA!

Hutang Negara - Fakta rakyat Malaysia perlu tahu.


Ditulis oleh #AFDS


"Berhati-hatilah dalam berhutang. Sesungguhnya berhutang itu suatu kesedihan pada malam hari dan kerendahan diri (kehinaan) di siang hari." - Hadis Riwayat, Ibnu Babawih dan Al-Baihaqi.

" "Jangan menimbulkan ketakutan pada dirimu sendiri sesudah terasa olehmu keamanan (ketenteraman)," kata Rasulullah SAW. Para sahabat bertanya, “Apa yang menimbulkan ketakutan itu, ya Rasulullah (SAW)?” Baginda menjawab, “Hutang.”. " - Hadis Riwayat, Ahmad.

Nasihat sudahpun diberi beribu tahun dahulu. Cuma ada yang tidak mendengar.

Pengenalan

Menurut jangkaan terbaharu, hutang negara kini berada dalam paras 57.3% daripada KDNK negara, ataupun bahasa mudahnya, AS$176bilion (RM545.60bilion). Dan sudah tentunya, rakyat Malaysia boleh menjangka bahawa pembangkang akan menggunakan hutang negara kita sebagai modal untuk mencapai Putrajaya. Saya ternampak sebuah 'lubang' dalam usaha mereka untuk menipu rakyat Malaysia. Anda perlu tahu bahawa hutang negara dikira melalui AS$, bukannya RM. Mengikut logik pembangkang, negara kita akan diisytiharkan bankrap dalam beberapa tahun dan yang peliknya, mereka sudahpun mengambil kesempatan untuk membandingkan kita dengan Greece.

Secara ringkasnya, hutang terbahagi kepada hutang awam dan hutang luaran, yang sangat ketara bezanya dan angka AS$176bilion merupakan hutang awam (internal debt) negara kita – antara kerajaan-rakyat, atau semua jenis hutang yang kekal dalam negara sahaja. Manakala, hutang luaran merupakan hutang yang menglibatkan negara dengan badan-badan seperti Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia, dan juga dari kerajaan negara-negara luar yang lain. Dan mengikut pendapat pakar ekonomi, negara anda akan hancur dengan hutang luaran yang tidak dapat dikawal. Hutang luaran kita kini berada dalam paras yang terkawal, dibawah AS$100bilion.

Hakikatnya, anda tidak sepatutnya percayakan mana-mana parti politik dalam isu sebegini; baik BN mahupun PR, kerana sudah tentu kedua-duanya akan menggunakan apa jua cara sekalipun untuk mengekalkan atau mendapat kuasa pentadbiran negara. Dalam isu ini, mereka bukan kawan anda. Siapa kawan anda? The F-word: FAKTA.

Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang berkembang. Ekonomi negara kita dipandu dengan beberapa dasar pengamalan dagangan berindustri secara terbuka. Pentadbiran kita memberi penekanan yang agak kuat untuk sektor  sekunder dan tertier iaitu industry dan perkhidmatan, berbanding primer (pertanian). Kalau dibandingkan dengan negara-negara maju yang lain, semua orang akan berpendapat bahawa negara kita berada dalam perjalanan yang baik dan akan menyangkal dakwaan bahawa kita akan bankrap dalam beberapa tahun dengan hanya hutang AS$176bilion + AS$100 bilion.

Saya agak risau kerana industri utama negara kita masih lagi tertumpu pada sumber-sumber alam seperti getah, sawit, timah, kayu dan petroliam. Tetapi agak bersyukur dengan adanya sedikit penekanan kepada sektor perkilangan ringan, teknologi farmaseutikal dan elektronik.

Data Ekonomi Negara

Kalau dicampurkan lebihan untung bersama dengan hasil dalaman, sumber pendapatan negara akan mencecah AS$100bilion, dan dengan perbelanjaan AS$73.8bilion, kita akan mempunyai lebihan AS$35bilion. Jadi paras hutang kita masih lagi stabil, dengan rizab luaran yang banyaknya.

Rujukan Semula Artikel Admin HE

Menurut artikel Admin HE, pendapatan sebuah isi rumah bergantung kepada kerja dan usaha rumahtangga tersebut. Contohnya, jika isi rumah tersebut mempunyai dua tenaga kerja yang menyumbang kepada sumber ekonomi rumahtangga, sudah tentunya pendapatan mereka lebih tinggi berbanding isi rumah yang hanya mempunyai satu tenaga kerja. Dari sudut perniagaan, syarikat meraih pendapatan melalui penjualan produk dan pemberian perkhidmatan. Untuk kerajaan pula, pendapatan datang daripada pencukaian.

Kalau kita ambil iktibar dari negara-negara Eropah, kita akan tahu bahawa pencetakan wang secara berterusan tidak akan membawa kebaikan yang banyak untuk negara. Untuk menentukan samaada negara tersebut kaya atau tidak, kita perlu lihat daripada sudut pengurusan mereka. Jadi untuk memastikan pengurusan sempurna, kerajaan memerlukan wang dan selain daripada sumber cukai, kerajaan juga boleh menambahkan pendapatan mereka melalui pinjaman wang daripada Bank Negara. Dari sinilah mulanya hutang awam, tetapi sebelum anda mula menyalahkan kerajaan, anda perlu fikir melalui skop yang lebih luas.

Dengan pengurusan sempurna, ekonomi akan terjana dan pada masa yang sama, pendapatan negara akan bertambah. Dan dari sini, kita boleh nampak pelbagai kesan baiknya kepada negara, iaitu pertambahan jumlah pelaburan, peluang pekerjaan lebih meluas, jumlah produktiviti yang menyumbang kepada hasil negara. Jadi, apa yang perlu anda risaukan? Untungnya kembali kepada rakyat, dan wang yang dipinjam masih lagi berpusing dalam negara.

Tetapi ianya berubah apabila kita menglibatkan hutang luaran, yang jauh lebih berbahaya berbanding hutang awam, dimana boleh membawa kepada ranapnya sebuah negara. Anda boleh rujuk Thailand dan Indonesia sebagai contoh yang paling mudah atas keputusan mereka untuk menerima bantuan Tabung Kewangan Antarabangsa semasa Krisis Kewangan 1997. Dan agak luculah pembangkang berkata Indonesia hebat kerana mampu menyumbang semula kepada serigala IMF ini.

Impak Hutang Luaran

Anda perlu sedar bahawa pada satu masa, Anwar Ibrahim pernah menggunakan dasar-dasar IMF semasa Krisis Kewangan 1997. Adakah dasar tersebut membantu? Adakah pemotongan perbelanjaan kerajaan dan kenaikan faedah memberi bantuan semasa krisis tersebut? Tidak, malah, dasar tersebut merosakkan lagi. Jangan percaya kepada kuasa luar kerana sekali anda pinjam, kedaulatan negara anda akan dijual kepada kuasa tersebut dan ekonomi anda akan dimonopolikan oleh tangan-tangan berkuku besi ini. Anda hanya akan mampu meraih keuntungan dalam bentuk royalti. Contohnya, Malaysia pernah meraih keuntungan AS$50bilion daripada dagangan dan AS$60bilion daripada hasil dalaman, membawa kepada jumlah, AS$110bilion.

Sebagai pra-syarat peminjaman, anda akan dicajkan sebuah royalti contohnya 10%, manakala lebihannya akan diambil kuasa tersebut. Jadi, dengan AS$11bilion, apa yang boleh anda lakukan? Tetapi yang menariknya, anda perlu bayar balik hutang yang anda pinjam bersertakan kadar riba yang tinggi daripada AS$11bilion ini. Jadi jika anda pinjam sebanyak AS$30bilion untuk memberi suntikan kepada ekonomi anda, anda perlu tunggu tiga tahun untuk berjaya melangsaikan hutang anda, dan pada masa yang sama, anda telahpun mengalami kerugian beratus bilion kerana hasil monopoli kuasa kapitalis ini.

Dan anda fikir mereka akan lepaskan anda begitu sahaja? Semasa anda sedang bertungkus-lumus melangsaikan hutang anda, mereka akan guna duit anda untuk membentuk sebuah parti politik yang akan menumbangkan pentadbiran anda selepas bayar-balik selesai. Memang tidak akan ada jalan pintas lagi, kerana anda perlu meletakkan cukai yang tinggi dan gaji yang rendah.

Jika berlaku pergolakan, kadar inflasi yang memuncak, untung perlancongan akan merudum, ekonomi akan hancur, dan puak pembangkang akan mula meroyan seperti mereka ‘bidadari dari syurga’ yang akan selamatkan ekonomi anda. Contoh yang mudah, Mesir, dimana pada awalnya, Morsi dilihat sebagai tombak terbaik untuk memandu ekonomi negara Arab di benua Afrika itu, tetapi pada hakikatnya, tiada bezanya Morsi dan Hosni Mubarak.

Krisis Hutang Eropah

Untuk pengetahuan anda, hutang kita sebenarnya sedikit sahaja, kerana kita kini sedang berada dalam ambang Wawasan 2020, dan saya faham tekanan yang dihadapi oleh Perdana Menteri untuk mencapai sasaran tersebut. Pada hemat saya, sekurang-kurangnya jika kita dapat mencapai 6% pertumbuhan KDNK, itu pun sudah cukup untuk menyelesaikan apa-apa jua hutang sekalipun. Tetapi saya ingin menegaskan kepada kerajaan supaya berwaspada dengan hutang luaran. Kesannya memang akan menghancurkan ekonomi kita. Hutang luaranlah menjadi salah satu daripada punca negara-negara Eropah kini dicengkam dalam krisis yang sangat teruk.

Selepas membuat sedikit kajian berkenaan dengan Eurozone Crisis, saya berpegang dengan kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa mereka tidak mungkin boleh keluar dengan mudahnya. Cara yang paling mudah buat sesetengah negara Eropah ialah menerima pakej penyelamat dari pihak ketiga, tetapi siapa yang akan beri bantuan sebab semua negara dalam zon tersebut terlibat dan semua negara di luar Eropah bencikan mereka?

Perbandingan Ekonomi Negara-Negara Eropah dengan Ekonomi Malaysia

Cuba anda meneliti kadar faedah mereka buat seketika dan kemudiannya buat penilaian sendiri berdasarkan kadar-kadar dalam pengurusan Malaysia.

Kadar Faedah Jangkamasa PANJANG

Malaysia akan bankrap? Tidak salah jika mahu berfantasi sedikit.

Kesimpulan

Anda sendiri boleh lihat dan buat keputusan berdasarkan rajah diatas. Negara-negara yang bankrap dan terlibat dalam kancah krisis semua memiliki hutang yang banyak. Malaysia pula berada dalam zon biru, dengan hutang awam dan luaran yang stabil, dagangan surplus (untung), dan membawa masuk sekurang-kurangnya AS$48.5bilion dalam sektor dagangan sahaja. Jadi, adakah benar dakyah pembangkang?

Ini semua permainan politik sahaja dan kalau mereka diberi peluang untuk mentadbir negara ini, sudah tentu kos hutang awam akan bertambah dengan dasar-dasar kurang upaya dan tidak waras daripada Manifesto Rakyat, Pakatan Harapan Rakyat.

Total Pageviews