Wednesday 3 April 2013

100 PENCAPAIAN BARISAN NASIONAL DIBAWAH DATO SERI NAJIB RAZAK




1. KESEJAHTERAAN RAKYAT/ PRODUK 1MALAYSIA


5 April 2009 - Memperkenal konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

11 Julai 2009 - Sempena genap 100 hari menjadi perdana menteri, Najib umum11 langkah mesra rakyat antaranya penubuhan Tabung Amanah Saham 1Malaysia.

7 Jan 2010 - Menubuhkan Klinik 1Malaysia untuk golongan berpendapatan rendah menjalani rawatan dengan bayaran RM1.

31 Jan 2010 - Menubuhkan Tabung Penyelenggaraan Satu Malaysia (TP1M) dengan peruntukan RM37.6 juta.

28 Jan 2010 - Memperkenal Program 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) bertujuan membina keupayaan golongan ini dan mewujudkan peluang pekerjaan melalui gabungan pekerjaan dan keusahawanan.

19 Feb 2011 - Lancar Program Transformasi Kedai Runcit Kecil (Tukar) sebagai usaha memodenkan peruncit kecil dan sekaligus membantu mereka meningkatkan daya saing.

22 Jun 2011 - Membangunkan Kedai Rakyat 1Malaysia (sehingga 28 Feb 2013, terdapat 87 KR1M dan kerajaan menyasarkan 90 lagi KR1M beroperasi tahun ini).

7 Okt 2011 - Dalam pembentangan Belanjawan 2012, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 diberi kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah.

4 Julai 2011 - Mengilhamkan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

7 Julai 2011 - Menu Rakyat 1Malaysia diperkenal dengan harga siling RM2 dan juadah tengah hari pada harga RM4 (Sebanyak 3,572 premis menawarkan menu itu).

7 Julai 2011 - Lancar projek My Rapid Transit (MRT), kaedah pengangkutan utama Malaysia ke arah memperkukuh sistem pengangkutan awam negara.

19 Dis 2011 - Lancar televisyen Internet dan mobil pertama negara, 1Malaysia TV.

18 Feb 2012 - Menubuhkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) pertama di Gopeng, Perak dan beberapa lagi dibuka di Kelantan, Melaka dan Pahang.

23 Jun 2012 - Lancar Pusat Transformasi Bandar (UTC) pertama di Melaka dan pada 22 Sept tahun yang sama,sebuah lagi UTC dibuka di Pudu Sentral.

24 Jun 2012 - Lancar program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) dengan insentif hampir RM35 juta untuk golongan pemandu teksi.

7 Julai 2012 - Memperkenal Pelan Induk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) bagi membawa pembangunan PKS ke peringkat lebih tinggi menerusi peningkatan produktiviti.

14 Julai 2012 - Lancar Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) sebagai usaha berterusan kerajaan membantu meringankan beban rakyat. 

15 Julai 2012 - Lancar 1Malaysia For Youth (1M4U), program kesukarelawan dalam kalangan rakyat berbilang kaum berteraskan gagasan 1Malaysia.

7 Ogos 2012 - Memperkenal kad '1Malaysia Privilege Card' khusus buat 241,000 anggota dan pegawai polis dan tentera.

28 Sept 2012 - Melaksanakan pemberian pusingan kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas.

12 Nov 2012 - Memperkenal Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) yang beroperasi 24 jam sehari bagi melonjakkan perkhidmatan awam ke tahap bitara.

15 Feb 2013 - Lancar Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA @Hati Rakyat) inisiatif terbaharu bagi membantu rakyat berpendapatan rendah dan miskin dengan peruntukan sebanyak RM50 juta diagihkan kepada 200,000 penerima.

19 Mac 2013 - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dijadikan inisiatif tahunan.

16 Mac 2013 - Mini UTC pertama dibuka di Kompleks Perniagaan dan Komuniti Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.

2. HAK ASASI DAN KESELAMATAN NEGARA

3 April 2009 - Mengumumkan pembebasan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri serta membuat kajian semula akta itu. (dalam perutusan sulungnya menerajui kerajaan)

Pada tarikh yang sama, Najib mengumumkan kerajaan menarik balik larangan penerbitan akhbar Harakah dan Suara Keadilan yang digantung sebulan sebelum itu.

9 Julai 2009 - Tidak membenarkan negara dan sistem perbankannya digunakan bagi transaksi pencambahan senjata nuklear.

15 Sept 2011 (Sempena Hari Malaysia 16 Sept)- Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selain mengkaji semula secara komprehensif Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967. 

5 Okt 2011 - Memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 (Akta 79) setelah tidak diguna pakai sejak 34 tahun lepas, mansuh Akta Kediaman Terhad 1933, umum pembebasan serta merta kesemua 125 individu yang ditahan mengikut akta itu, lebih 200 waran yang belum diserahkan, dibatalkan.

24 Nov 2011 - Membentang Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 di Dewan Rakyat yang antara lain keperluan untuk mendapatkan lesen perhimpunan akan dihapuskan.

24 Nov 2011 - Mansuh tiga Proklamasi Darurat 1966, 1969 dan 1977. Bebaskan 36 tahanan di bawah Ordinan Darurat.

19 April 2012 - Pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 diluluskan di Dewan Rakyat, yang memberi kelonggaran kepada mahasiswa mencapai usia 21 tahun untuk berpolitik.

28 Sept 2012 - Ketika pembentangan Belanjawan 2013, kerajaan bersetuju menubuhkan 1,000 Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dengan peruntukan RM20 juta.

28 Sept 2012 - Pemberian sumbangan RM1,000 secara sekali bayar kepada bekas tentera yang bersara kurang daripada 21 tahun perkhidmatan serta tidak berpencen. Seramai 224,000 bekas tentera mendapat manfaat. 

15 Dis 2012 - Memperkenal Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia untuk kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


7 Mac 2013 - Perdana menteri beri amaran kepada penceroboh Sulu yang masih bersembunyi di Sabah bahawa mereka tiada pilihan lain selain meletak senjata dan menyerah diri. 

11 Mac 2013 - Penyerataan pangkat-pangkat dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia dengan Perkhidmatan Awam Am.

25 Mac 2013 - Mewujudkan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) meliputi 10 daerah sebagai memberi asas perundangan kepada Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).

30 Mac 2013 - Najib umum penambahan 1,000 lagi unit URB. 

3. PENTADBIRAN

9 April 2009 - Najib memperkenal Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi menilai prestasi anggota kabinetnya -- menteri dan timbalan Menteri - dalam mencapai matlamat pentadbirannya "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

18 Julai 2009 - Melakukan pembaharuan dalam sektor perkhidmatan awam dengan cadangan jawatan utama sektor itu dibuka kepada sektor swasta dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) selain Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD).

27 Julai 2009 - Memperkenal Penunjuk Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan melantik Datuk Idris Jala sebagai Ketua Eksekutif (CEO) Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu). (Bidang utama pada KPI itu ialah - mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, membuka luas peluang pendidikan yang termampu dan berkualiti, meningkatkan taraf kehidupan masyarakat miskin, menambah baik infrastruktur di luar bandar dan menambah baik pengangkutan awam)

27 Jan 2010 - Perdana menteri lancar pelan induk pelaksanaan GTP yang berkaitan dengan enam NKRA.

8 Feb 2010 - Najib garis empat tonggak utama untuk dilaksanakan oleh pentadbiran awam bagi menjayakan agenda negara sepanjang tahun itu, iaitu Ggagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan; Program Transformasi Kerajaan (GTP); Model Ekonomi Baharu dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

23 Feb 2010 - Umum peruntukan sebanyak RM3.4 bilion kepada Sarawak menerusi NKRA bagi merancakkan semua projek pembangunan di negeri itu terutamanya di kawasan luar bandar.

23 Feb 2010 - Umum peruntukan khas RM35 juta untuk tiga projek memajukan kehidupan rakyat di empat skim penempatan semula Kawasan Pemerintah Keselamatan Rajang (Rascom) di Sibu Sarawak.

4 April 2011 - Perdana menteri mahu setiap anggota pentadbiran awam terap empat elemen penting yang terkandung dalam 'Strategi Lautan Biru Kebangsaan' dalam pengurusan tugas mereka, iaitu 'mengurang', 'menghapus', 'mewujud' dan 'menambah peluang'.

28 Sept 2012 - Tambahan bonus sebulan gaji bagi penjawat awam yang bayaran pertama akan dibuat pada Disember 2012, manakala sebulan lagi pada Januari 2013 dan bayaran RM500 kepada pesara kerajaan.

26 Ogos 2012 - Memperkenal Strategi Lautan Biru Kebangsaan 7 (NBOS 7) iaitu inisiatif menghubungkan antara UTC dan RTC supaya melaluinya produk makanan dan hasil pertanian boleh dibawa ke bandar secara berskala besar.

19 Mac 2013 - Pembentangan laporan tahunan Program Transformasi Negara (sebahagian besar matlamat GTP dan ETP berjaya dicapai)

25 Mac 2013 - Meluluskan tuntutan Dana Pencen, imbuhan tetap perumahan, pembayaran sagu hati tamat perkhidmatan dan enyelarasan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada tujuh agensi Badan Berkanun yang Diasingkan Saraan BBDS). 

4. EKONOMI DAN KEWANGAN 

10 Mac 2009 - Mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua dan mekanisme pelaksanaannya.

22 Apr 2009 - Melakukan liberalisasi ke atas 27 sub sektor perkhidmatan.

27 Apr 2009 - Mengumumkan liberalisasi sektor kewangan negara.

27 Apr 2009 - Malaysia menjadi negara pertama mempunyai institusi kewangan Islam mega dengan modal berbayar sekurang-kurangnya AS$1 bilion. 

15 Mei 2009 - Sebuah institut jaminan kewangan, Danajamin Nasional Berhad ditubuhkan bagi memudahkan syarikat mendapat akses lebih baik kepada pasaran bon Malaysia.

24 Jun 2009 - Najib syor supaya diwujudkan entiti Baitulmal di peringkat kebangsaan bagi menyelaras harta milik orang Islam Malaysia.

30 Jun 2009 - Najib mengumumkan garis panduan pelaburan secara komprehensif iaitu Garis Panduan Pelabur Asing (FIC).

1 Julai 2009 - Perdana menteri lancar Felda Global Ventures (Felda Global) yang menjadi jentera komersil bersepadu tunggal kumpulan Felda.

23 Okt 2009 - Najib buat pertama kali membentangkan Bajet 2010 di Dewan Rakyat yang bertemakan `1Malaysia, Kemakmuran ersama' dengan peruntukan RM191.5 bilion.

23 Dis 2009 - Memperkenal semula Cukai Keuntungan Hartanah Sebenar (RPGT) dari jualan hartanah tanpa mengira tahun hartanah itu dibeli.

30 Mac 2010 - Mengumumkan Model Ekonomi Baharu (MEB) yang menggariskan lapan inisiatif pembaharuan strategik. 

10 Jun 2010 - Membentangkan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10). 

25 Okt 2010 - Lancar Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan 18 projek permulaan (EPP).

11 Jan 2011 - Umum 19 lagi EPP yang akan menjana pelaburan hampir RM67 bilion.

5. LUAR NEGARA

10 April 2009 - Mengetuai delegasi Malaysia sebagai Perdana Menteri ke Sidang Kemuncak Asean ke-14 dan Sidang Kemuncak berkaitan, di Pattaya, Thailand

3 Jun 2009 - Pemimpin negara luar pertama diberi penghormatan berucap di Great Hall of the People, Beijing, China sempena lawatan rasmi.

6 Okt 2009 - Merupakan pemimpin Malaysia pertama dalam sejarah hubungan Malaysia dengan Unesco selama 50 tahun yang menyampaikan ucaptama pada sesi pembukaan persidangan Unesco di Paris, France.

30 Sept 2009 - Najib umum kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Arab Saudi menerusi penubuhan syarikat usaha sama yang bermodalkan AS$2.5 bilion (RM8.65 bilion) bagi mengendalikan aliran pelaburan langsung asing (FDI) dari Asia Barat serta membuat pelaburan strategik dalam projek berimpak tinggi di negara ini.

26 Okt 2009 - Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dan New Zealand dimeterai.

12 April 2010 - Mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Barack Obama di Pusat Konvensyen Walter E.Washington i Washington, Amerika Syarikat. 

27 Sept 2010 - Pada ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat, Najib menggesa semua negara supaya "memilih kesederhanaan dan menolak ekstremism".

12 Julai 2011 - Mengadakan lawatan rasmi ke United Kingdom, dan telah menjemput ketua-ketua industri negara tersebut untuk meneroka peluang pelaburan di Malaysia.

18 Mei 2011 - Menghadiri "Invest Malaysia New York 2011" di New York, Amerika Syarikat dengan menarik pelaburan baru antara RM5 dan RM6 bilion pelaburan.

15 Okt 2012 - Menjadi saksi kepada acara bersejarah permeteraian perjanjian damai antara kerajaan Filipina dan Barisan embebasan Islam Moro (MILF) di Manila, Filippina.

22 Jan 2013 - Merupakan perdana menteri Malaysia pertama menjejak kaki di bumi Palestin sempena lawatan kemanusiaannya ke Gaza.

6. TEKNOLOGI DAN INOVASI

24 Julai 2009 - menubuhkan Majlis Teknologi Hijau bagi mempromosi teknologi hijau dan amalannya.

15 Sept 2009 - mengumumkan Pasukan F1 1Malaysia yang dikendalikan anak tempatan dalam bidang pemotoran.

28 Okt 2009 - Umum kajian semula Dasar Automotif Nasional (NAP) membabitkan 18 langkah baharu termasuk mewajibkan kenderaan penumpang berusia lebih 15 tahun membuat pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) sebagai syarat memperbaharui cukai jalan mulai tahun depan, memansuhkan sepenuhnya permit import (AP) terbuka kenderaan terpakai mulai 2016 dan AP francais menjelang 2021.

29 Okt 2009 - Pusat Inovasi Negara (MyNIC) dan rangkaian Pusat Kecemerlangan Inovasi (iCoE) diwujudkan bagi menggalakkan kegiatan kreatif dan inovasi sebagai sumber komersial baru negara.

17 Dis 2009 - Najib mengumumkan komitmen Malaysia mengguna pakai petunjuk bagi pengurangan secara sukarela pelepasan arbon atau gas rumah hijau sehingga 40 peratus daripada intensiti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020 berbanding tahap 2005 pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2009 (COP 15) di Denmark.

26 Jan 2010 - melancarkan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (SPTH) yang merupakan komitmen kerajaan dalam memajukan sektor itu. Ia sejajar dengan akujanji Kuala Lumpur pada Sidang Kemuncak Perubahan Iklim, bagi mengurangkan pelepasan karbon dan gas rumah hijau sekali gus membantu memulihara persekitaran untuk generasi akan datang.

24 Mac 2010 - Umum empat insentif dalam Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk mentransformasi Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana kepada negara maju.

10 November 2010 - Kerajaan mengumumkan langkah untuk meningkatkan nilai KDNK dengan menambah kadar penggunaan jalur lebar di negara ini sehingga mencapai tahap 50 peratus menjelang akhir tahun depan daripada hanya 24 peratus ketika ini.

8 Sept 2011 - Lancar Rangka Kerja dan Sistem Penilaian Bandar Raya Rendah Karbon bertujuan mengurangkan 40 peratus enghasilan karbon dioksida di bandar menjelang 2020.

7 Julai 2011 - Memperkenal Kelestarian Yang Dicapai Melalui Kecekapan Tenaga dengan pemberian rebat tunai RM200 kepada engguna domestik yang membeli pendingin hawa dan peti sejuk yang diberi taraf 5-bintang.

7. POLITIK 

26 Mac 2009 - Diisytihar sebagai presiden Umno yang baharu, tanpa bertanding, pada Perhimpunan Agung Umno 2008 di Dewan erdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

24 April 2009 - Dilantik sebagai pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor. 

15 Ogos 2011 - Mengumumkan pembentukan Jawatankuasa Pemilih Parlimen yang dianggotai wakil kerajaan BN dan parti pembangkang bagi membincangkan reformasi pilihan raya.

29 Nov 2012 - Melancarkan buku bertajuk 'Transformasi Politik:Mendaulatkan Hak Asasi Serta Demokrasi Pemerintahan Rakyat untuk Rakyat', yang memperinci kewajaran setiap transformasi dilaksana kerajaan.

20 Feb 2013 - Menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International dan memperteguh komitmen beliau dalam memerangi rasuah terutama dalam pilihan raya umum ke-13.

8. PENGIKTIRAFAN DUNIA KEPADA MALAYSIA DI BAWAH PENTADBIRAN NAJIB 

Laporan Kemudahan Menjalankan Perniagaan 2011 oleh Bank Dunia, Malaysia tersenarai dalam kedudukan 20 teratas dan berkongsi kedudukan pertama di dunia dari segi kemudahan mendapatkan pinjaman perniagaan.

Kajian Global Peace Index (GPI) 2011 mendapati Malaysia ialah negara ke-19 paling selamat daripada 153 negara di seluruh unia. Malaysia juga diletakkan sebagai negara paling aman di Asia Tenggara dan keempat di Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun dan Australia.

Laporan World Economic Forum 2012 menyaksikan Malaysia naik lima anak tangga dalam senarai daya saing ekonomi dunia erbanding tahun sebelumnya, menjadikan Malaysia antara 21 buah negara paling kompetitif ekonominya di dunia. 

Syarikat perunding A.T Kearney iktiraf Malaysia sebagai negara 10 teratas dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing bagi tahun 2012.

World Bank Ease of Doing Business Report 2013 meletakkan Malaysia negara ke-12 paling mesra perniagaan di dunia. 

Laporan World Competitiveness Yearbook 2012/2013 mendapati Malaysia negara ke-14 paling berdaya saing.

Malaysia sebagai negara ke-10 bagi destinasi menarik pelaburan langsung dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing 2012.

9. PENDIDIKAN

25 Jan 2010 - 20 daripada 10,000 sekolah dipilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

7 Okt 2011 - Memperuntuk bantuan tunai RM100 buat semua pelajar sekolah dan RM200 baucar buku untuk pelajar universiti.

UMNO vs DAP


kihkihkih

Sunday 31 March 2013

Helen Ang: Pas patut kembali kepada matlamat asal penubuhan, seperti yang dikehendaki penyokong-penyokongnya.


Helen Ang, lulusan USM memulakan karier kewartawanannya di NST (New Straits Times) pada awal tahun 1990-an, kemudian The Star dan pada tahun 2005 menjadi kolumnis di portal Malaysiakini. Pada tahun 2011, disebabkan siri-siri rencana yang ditulisnya dalam kolum Malaysiakini yang dianggap ‘bertentangan arus’, maka perkhidmatannya di portal itu dibekukan dan kolum itu ditutup.


Baru-baru ini Helen Ang telah dedahkan mengenai dasar racist DAP di blognya: http://helenang.wordpress.com/2013/03/31/silent-anger-among-malays-is-growing/ 

Bermakna, sebelum berblog di helenang.wordpress.com/, sekitar Julai 2011, Helen Ang sudah terlibat dalam dunia kewartawanan lebih kurang selama 17 tahun.
Apabila ditanya kenapa dia menjadikan Hannah Yeoh sebagai subjek utama penulisannya, katanya, “Dia adalah subjek menarik, menggambarkan jiwa ‘DAP baru’”.









Temubual wartawan bersama Helen:
Apakah yang dimaksudnya sebagai ‘DAP baru’ ? Ikuti wawancara lengkap bersamanya yang berlangsung di satu tempat di Kelana Jaya, pada 18 September 2012.
wartawan : Saya difahamkan dahulu anda adalah kolumnis Malaysiakini, kemudian telah dibekukan. Kenapa dibekukan ?
Helen Ang : Sebab para pembacanya terlalu berfikiran tertutup. Pembacanya yang pro pembangkang itu, cara mereka berfikir, kalau kita tulis yang tidak berpihak kepada mereka, kita dianggap sebagai musuh.
Seperti anda sudah mengesahkan bahawa portal Malaysiakini majoriti pembacanya adalah pro-pembangkang?
Agaknyalah, nampaknya seperti itu lah. Dari pengalaman saya pun begitu.
Maksudnya sebagai kolumnis, anda tidak boleh menulis idea yang bertentangan dengan idealisme pembaca portal, jika tidak idea anda akan ditolak ?
Bukan sekadar ditolak, tetapi mereka menentang, cara mereka menentang itu, pada saya kurang berhemah..
Misalnya?
Misalnya macam kita tengok komen-komen kat blog, ada yang berbahasa kesat, ada yang buat fitnah, ada yang sebarkan dakyah.
Em, sampai ke tahap tu. Kira serang peribadilah. Bukan serang idea.
Jadi, boleh saya buat kesimpulan bahawa, anda sebagai kolumnis Malaysiakini, penulisan mesti pro pembangkang kerana pembacanya merasakan portal itu hak milik pembangkang. Begitu ?
Boleh..boleh dianggap begitu (sambil ketawa)
Sedangkan portal itu mendakwa media bebas ?
Saya ingat, pembaca yang arif boleh menilaikannya sendiri.
Apakah contoh penulisan anda yang bertentangan dengan idealisme pembaca Malaysiakini ?
Waktu itu tercetus isu kalimah Allah. Saya tulis dalam bahasa Inggeris, saya kata, ‘the convention of ‘Allah’ belongs to Islam’ (konvensyen kalimah ‘Allah’ adalah hak milik Islam).
Kes tu saya rasa tak patut, macam cara mereka serang, sebab, saya kata waktu itu orang Melayu marah, mereka marah sebab mereka adalah masyarakat Islam dan bukan sebab dihasut oleh UMNO.
Tetapi pembaca pembangkang, mereka tidak menerima hakikat itu, mereka terpengaruh, mereka percaya bahawa UMNO yang menjadi penghasut, pada mereka UMNOlah yang mencetuskan kemelut supaya orang Melayu marah tentang kes kalimah Allah itu.
Rasa-rasanya pembaca Malaysiakini tak kenal hati budi masyarakat Melayu. Mereka tak tahu baca naluri masyarakat Melayu, mereka tak dapat nilai perkaitan Melayu dengan Islam.
Jadi mereka ingat ‘oo itu mesti kerja UMNO yang hasut’, padahal yang saya lihat bukan faktor UMNO tetapi cetusan hati nurani masyarakat Islam.
‘Mereka’ ? Maksudnya majoriti pembaca bukan Melayu ?
Memang, khususnya artikel dalam bahasa Inggeris.
Faktor itu jadi penyebab dibekukan jadi kolumnis ?
Ya. Itu pandangan Steven Gan (ketua editor) lah. Dia kata, seorang kolumnis itu tidak sepatutnya menulis sampai ke tahap majoriti pembaca menentang dengan sering bergaduh dengan kolumnis tersebut.
Majoriti pembaca Malaysiakini menentang idea anda ?
A’ha majoriti menentang saya, sebab ramai pembaca Malaysiakini tu penyokong DAP.
Lepas tu ada satu kes lagi, tentang Kampung Buah Pala.
Saya kata, tindakan Lim Guan Eng tentang kes Kampung Buah Pala itu tak betul. Cuba bayangkanlah reaksi pembaca Malaysiakini ?.
Saya rasa, masyarakat Pulau Pinang terlalu taksub kepada Lim Guan Eng. Jadi bila Timbalan Ketua Menteri kata Lim Guan Eng dianggap sebagai ‘tokong’ itu, pada saya agak bertepatan lah.
Macam rasa pelik kan, semua masyarakat Cina mesti menyokong Lim Guan Eng. Kalau tak sokong tu maksudnya orang itu macam tak betul (ketawa).
Wajib kena sokong Lim Guan Eng. Saya pun tak faham macam mana mereka boleh begitu taksub.
Anda kecewa dibekukan jadi kolumnis Malaysiakini ?
Tidak. Kita ada pandangan kita, mentang-mentang pandangan kita tidak sehaluan dengan pandangan pembangkang yang mereka mahu…kemudian diganggu, nak menyusahkan.
Sepatutnya, kalau berlainan pendapat, biar saja lah kan. Kita berdasarkan pasaran, tengok siapa yang lebih bernas. Tapi mereka tak. Mereka mesti serang macam shoot the messenger.
Kononnya nak memperjuangkan kebebasan bersuara, kebebasan berfikir…tapi mana ada.
Selepas dibekukan dari Malaysiakini, anda mula berblog ?
Ya. Lepas beberapa bulan seperti itu.
Posting pertama saya tu, saya buat sekitar lewat bulan Julai 2011. Sudah setahun yang lalu.
Baru setahun sahaja, tetapi cepat popular. Ada apa-apa rahsia ?
Rahsia cepat popular….em..pada hemat saya faktor bahasa Melayu. Sebelum ini saya tulis dalam bahasa Inggeris.
Lepas dapat ijazah dari USM sekitar awal tahun 1990-an, saya mula bekerja di NST selama 5 tahun, selepas itu di The Star juga selama 5 tahun.
Kemudian sekitar tahun 2005, saya jadi kolumnis Malaysiakini, sehingga dibekukan pada tahun 2011.
Di NST, The Star dan Malaysiakini, semuanya dalam bahasa Inggeris, apabila berblog, saya menulis dalam bahasa Melayu.
Tukar bahasa, maksudnya dapat pembaca baru ?
Ya. Saya rasa pembaca baru seperti lautan biru. Lebih mencabar. Sebab, kalau ikut pola pemikiran pembaca Malaysiakini, saya sudah tahu. Tetapi pola pemikiran pembaca baru, maksud saya pembaca Melayu, saya rasa lebih menarik.
Menarik ? Misalnya ?
Ya, macam kes logo burung merpati. Logo menyambut hari kebangsaan 31 Ogos 2012 yang dibuat pembangkang itu, bagi mereka yang belum terdedah anggap perkara baru.
Perkara-perkara tu kita dah tahu. Kaitan burung merpati dengan Kristianiti, kita dah tahu.
Apa yang mendorong anda untuk berblog ?
Ada rasa terdorong untuk teruskan perjuangan. Saya rasakan, seperti saya sudah ada pembaca regular lah kan.
Kalau penyokong-penyokong DAP serang saya di blog, para pembaca blog saya akan mempertahankannya. Jadi, ini memudahkan saya untuk terus menulis.
Sebab saya tengok ada sesetengah wartawan lain, mereka diserang habis-habisan tanpa berpeluang membela diri.
Ingat tak baru-baru ini ada satu rencana, yang ditulis di The Star, tulis tentang kes Lim Guan Eng rembat tanah.
Lepas itu Lim Guan Eng mula serang wartawan tu. Dia adakan sidang akhbar, dia serang pemberita itu dan akhbar The Star siarkannya tanpa mempertahankan kakitangannya sendiri.
Jadi, saya rasa itu kelebihan yang ada pada blogger berbanding dengan wartawan yang ada majikan.
Kalau kita kerja dengan majikan, ada hadnya. Kena ikut rentak penerbitan. Tapi blog ni, kita punya, macam sendirian berhad lah kan…nak buat apa kita yang tentukan sendiri. Itu kelebihan yang ada pada blogger.
Macam wartawan The Star tu, kalau dia mahu tulis lagi tentang Lim Guan Eng, mungkin dia terpaksa berfikir dua kali sebab dia tak ada wadah untuk mempertahankan dirinya.
Sebab Lim Guan Eng tu dia tak bagi peluang. Banyak kes, dia tak bagi peluang. Dia akan serang semula. Dia pernah serang SM Mohamad Idris. Bayangkan, Pengerusi CAP (Persatuan Pengguna) pun dia serang.
Dalam tulisan-tulisan di blog, banyak tulisan menyentuh tentang satu individu bernama Hannah Yeoh. Kenapa?
Saya rasa, dia adalah subjek menarik, menggambarkan jiwa ‘DAP baru’.
Maksudnya ?
Dari segi Kristian. Saya nampak saf pimpinan muda DAP ini, yang baru menyertai DAP selepas tahun 2008. Bukan sekadar lambang tetapi sudah seperti satu aliran…
Aliran Kristian?
Ya, aliran pemikiran Kristian.
Seperti anda selalu letakkan foto Hannah Yeoh seorang Kristian tetapi pakai tudung ?
A’ha. Macam sesumpah. Sebab pegangan Kristian dia tu amat kuat tetapi dia berlagak macam ‘muslimah’.
Sedangkan dalam satu acara tu, kalau tak silap saya waktu gereja City Harvest dibuka di Subang Jaya, dia jadi jemputan tetamu khas.
Mungkin ada strategi pakai tudung ?
Saya rasa kalau kita mengunjung ke rumah ibadat, itu cara kita tunjuk hormatlah. Tapi kalau sekadar nak makan kenduri, macam Hannah, dia pakai tudung untuk makan kenduri, itu saya rasa dia kurang ikhlas lah.
Seolah-olah boleh buat apa saja semata-mata untuk memancing undi Melayu.
Kalau kita tengok MCA dengan UMNO yang sama-sama dalam Perikatan sejak tahun 1952, lebih kurang 60 tahun bersama tetapi tak pernah pun kita tengok yang Ketua Wanita MCA menunjuk-nunjuk macam ini.
Dia (Hannah) buat tu terlalu mendadak. Sebab Wanita DAP pun tak buat macam tu kan.
Tapi bukan Hannah seorang saja kan. Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke. Dia kata tak membantah hudud Pas ataupun dia tak bantah Pas menyatakan aspirasinya.
Satu lagi baru-baru ni ada rumah terbuka hari raya di Seremban, program diasingkan jantina. Anthony Loke kata dia tak kisah.
Maksudnya dia sudah macam Hannah, ada pendekatan baru.
Ada pendekatan baru ?
Ok, kalau Pas, mereka janjikan kepada penyokongnya akan laksanakan hudud. Manakala DAP pula, mereka janjikan kepada penyokong mereka sebaliknya iaitu hudud tidak akan dilaksanakan.
Maksudnya kalau kita lihat kesudahannya salah satu parti mesti menipu. Laksana ke tak laksana.
Kalau laksana hudud tu maksudnya DAP tipu penyokongnya. Kalau tak laksana hudud maksudnya Pas yang tipu penyokongnya.
Sebagai satu strategi dapatkan undi ?
Saya rasa, memang undi Cina tu mereka tak dapat tambahkan lagi sampai tahap maksimum. Sekarang ini mereka mahukan undi Melayu, mereka sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan undi itu.
Jadi saya rasa macam Anthony Loke, saya rasa dia boleh kata, DAPsy tak membantah hudud, DAPsy tak membantah keramaian awam jantina diasingkan.
Saya rasa dia cakap macam tu sebab penyokong DAP sudah menghalalkan segala-galanya. Maksudnya kalau pucuk pimpinan DAP nak kata itu, kata ini, semua mereka sokong buta sahaja.
Bila dah dapat kuasa seperti kes kerajaan Selangor ?
Kalau kita ambil kes pawagam. Maksudnya ketiga-tiga parti, walaupun satu Pakatan tetapi akhirnya mereka bertembung sesama sendiri.
Selain bertudung, ada strategi lain DAP nak dapatkan undi Melayu ?
Ada juga perubahan kosmetik. Contohnya DAP tarik masuk Zairil, Aspan. Semuanya nama Melayu kan.
Lim Guan Eng, kalau dia lantik Setiausaha Politik (Setpol) orang Cina pun semua orang tak tahu kan. Tapi bila dia lantik Zairil tu, dia panggil sidang akhbar dan kenalkan ini Setpol saya yang Melayu.
Walhal DAP selalu kata parti mereka bukan parti perkauman. Kalau dia tak titik-beratkan kaum atau bangsa, kenapa dia mesti kata Zairil tu Melayu. Katalah ini Setpol saya, Zairil. Tetapi, dia sebut juga Zairil sebagai Setpol Melayu.
Seperti lantik Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang ?
Saya rasa mereka masih perlukan Anwar sebagai ‘figurehead
Kenapa penting sangat dapatkan undi Melayu, sedangkan mereka bertanding di kawasan Cina yang pastinya boleh menang?
Saya ingat mereka hendak naik taraf. Sebab kalau dapat undi Cina itu sahaja dikatakan parti perkauman.
Tapi kalau dapat undi Melayu mereka boleh mendabik dada dan menguar-uarkan sekarang ni DAP sudah menjadi parti bertaraf kebangsaan.
Apakah ini trend DAP sekarang ?
Saya rasa mereka ikut rentak Lim Guan Eng dan puak-puak Kristian evangelis.
Pada masa ini, penyokong DAP sudah serahkan sepenuh kepercayaan kepada pucuk pimpinan. Jadi apa yang pemimpin mereka putuskan, akan mendapat sokongan mantap.
Jadi, keadaan ini memberikan DAP kelonggaran untuk berpolitik mengikut rentak mereka.
Maksudnya berpolitik itu dengan sasaran nak menawan Putrajaya ataupun berpolitik untuk menambah undi Melayu. Jadi, semuanya dihalalkan oleh penyokongnya.
Saya ingat kalau baca blog saya, sudah terang lagi bersuluh, saya sudah tulis pendapat saya tentang Lim Guan Eng.
Maksudnya ragu-ragu terhadap kepimpinan Lim Guan Eng?
Yang saya tengok tu secara peribadilah, saya tak suka layanan dia terhadap masyarakat India.
Kes Kampung Buah Pala tu kira sebagai pemangkinlah. Membuka mata. Dia cakap lain tapi bikin lain.
Akan berlaku regime change pada Pilihan Raya Umum ke-13 ?
Saya ingat soalan itu kena tujukan pada SB sebab mereka yang paling tahu kan, mereka turun sampai ke akar umbi. Orang politik ni kadang kala mereka bising sangat kan.
Kita tak tahu apa sebenarnya sentimen yang berlaku pada peringkat akar umbi.
Ok. kalau saya jadi ‘tukang tilik’, saya rasa pengaruh DAP akan memuncak pada PRU 13 ini. Mereka ada momentum..
Saya kira DAP akan bawa gelombang sebab orang Cina dah merasai ok, setakat ni kami amat berjaya. Jadi, mereka yakin akan dapat lebih undi lagi.
Maksudnya, DAP makin dapat kuasa, sebab itu mereka perlukan undi Melayu sebab itu mereka perlukan PAS ?
Mungkin.. tetapi lebih besar kemungkinan, Pas yang akan tinggalkan DAP dulu.
Apa itu ?…Aha kahwin mutaah.
Saya kira apabila Pas sudah cukup terdesak, Pas akan kembali ke pangkal jalan. Maksudnya kembali ke matlamat asal parti itu.. apa yang dikehendaki oleh penyokong-penyokongnya.
Pas itu parti Islam, mahu tak mahu hendak memenuhi aspirasi orang Melayu. Jadi kalau dah sampai ke tahap penghujung jalan, mereka kena pilih juga. Saya rasa Pas akan memilih untuk berpegang amanah dengan masyarakat Melayu.
Adakah masyarakat Cina melihat berpolitik stail DAP itu menguntungkan?
Ada ungkapan Melayu…ya ‘menang sorak kampung tergadai’. Saya rasa orang Cina macam tu, dia menang sorak PRU 13 tapi kepentingan jangka panjang akan tergadai.
Saya rasa, masyarakat Cina akan terus tersisih daripada arus perdana kalau terikut-ikut telunjuk DAP.
Sekarang ni pra PRU, semangat dah berkobar-kobar. Jadi, saya rasa bila dah lepas PRU 13, menjadi titik noktah yang baru.
Dalam jangka pendek, ia menguntungkan DAP sebab DAP dapat banyak kerusi, dapat gelaran YB, dapat portfolio-portfolio.
Anda kata tadi ada agenda Kristian dalam DAP, apakah agenda Kristian ditarget kepada DAP atau PKR?
Dua-dua. Saya rasa kalau nak dibanding di antara DAP dengan PKR, DAP tu sama macam PAS lah.
Dalam politik, sekarang ini DAP sanggup bertongakkan agama. Maksudnya, kalau PAS menjaja Islam, saya rasa DAP ini pula sanggup menjaja Kristian.
Oh..Ini yang anda kata tadi sebagai ‘DAP baru’?
Ya.
Adakah Lim Guan Eng sendiri beragama Kristian?
Ha..soalan ini memang menarik. Adakah Guan Eng seorang Kristian? Saya rasa blog-blog lain harus tanya, lontarkan soalan ini ke arena terbuka supaya dia wajib jawab, supaya semua orang dapat tahu.
Sebab sekarang ini dia berselindung. Saya rasa, soalan ini yang paling penting sekali supaya suasana tidak terus keruh.
Teresa Kok sudah terang-terang mengaku Kristian. Yang kita nak tahu, Guan Eng, agama apa? Dah 5 tahun tapi masih samar-samar lagi.

Saturday 30 March 2013

Kronisme & Nepotisme PR.


Siapa sebenar kronisme atau nepotisme? .. Ketika mahathir pegang umno dia x beri anak dia bertanding peringkat parlimen, mukhriz menjadi MP slps Tun meletak jawatan PM. 
Semasa pak lah menjadi PM, cuma menantu sahaja bertanding, anak2 tak terlibat politik. 
Begitu juga Dato Seri Najib menjadi PM selepas Tun Razak tiada.

Cuba kaji semula apakah motif utama penubuhan PAS dan PKR dahulu? Dan siapa sebenarnya DAP?

Thursday 28 March 2013

MENJAWAB VIDEO TURUNKAN HARGA KERETA RAFIZI RAMLI


BAHAGIAN 1


Pakatan Rakyat yang diketuai Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah mengeluarkan video manifesto mereka. Awal minggu ini dikeluarkan video turun harga kereta. Seperti semua sedia maklum mereka ingin menurunkan kadar cukai eksais kenderaan secara berperingkat dan kesan ini akan merendahkan pendapatan Negara untuk mentadbir urus bumi bertuah ini.
Menurut orang kanan mereka iaitu Rafizi Ramli, kesan penurunan pendapatan ini akan dapat ditampung dengan melelong permit import (AP) di pasaran.

Harus rakyat sedar, apabila AP ini dilelong, hanya mereka yang kaya raya sahaja akan berpeluang membida AP. Konsep lelong itu mudah, siapa yang membida dengan harga lebih tinggi pastinya mereka yang akan menang ke atas lelongan itu. Tindakan melelong ini tidak ubah seperti menutup peluang mereka yang berkemampuan mendapatkan AP dan AP hanya akan dikuasai oleh golongan kaya raya dan berkemungkinan krooni Pakatan Rakyat.

Lebih menarik apabila berbicara tentang video turun harga minyak. Bagi video turun harga minyak pula Pakatan Rakyat ingin turunkan harga minyak kepada RM1.50 seliter. Menurut Rafizi Ramli kadar subsidi tambahan yang perlu ditampung kerajaan hanyalah RM6.8billion setahun dan ianya mampu ditampung dengan mengalihkan subsidi PETRONAS sebanyak RM8billion yang disalurkan kepada syarikat IPP Ananda Khrisnan, Genting Group, YTL & Syarikat milik Syed Mokthar Albukhary.


Rafizi telah melakukan pelbagai pengabaian statistik didalam video tersebut:-

PERTAMA: Rafizi menyatakan menurut statistik International Energy agency (IEA) rakyat Malaysia menggunakan 10.3 billion liter petrol dan 6.3 billion liter diesel SETIAP TAHUN. Perkataan SETIAP TAHUN itu menunjukkan Rafizi mengabaikan peningkatan penggunaan petrol oleh rakyat Malaysia. Tinjauan di laman web IEA menunjukkan statistik terbaru adalah statistik pada tahun 2009. Oleh itu nilai subsidi tambahan bukan hanya RM6.8billion setahun seperti yang didakwa Rafizi tetapi lebih.


KEDUA : Minyak yang hendak diturunkan ini adalah RON95 atau RON97. Yakinlah Rafizi sengaja tidak menspesifikasikannya kerana ingin mengelirukan rakyat. Kelak beliau akan menyatakan bahawa beliau tidak menjanjikan minyak jenis apa yang ingin diturunkan.Akhirnya rakyat akan tertipu sekali lagi dengan manifesto mereka seperti mana rakyat teripu dengan manifesto di Selongar yang popular dengan kenyataan Menteri Besar Selangor iaitu “Manifesto Bukan Janji”.


KETIGA : Subsidi tambahan setiap tahun yang dinyatakan Rafizi hanya RM6.8billion itu telah mengabaikan pergerakan harga minyak yg bergerak pantas naik dan turun di pasaran dunia masa kini. Seandainya harga minyak secara tiba-tiba naik mendadak, seperti yang berlaku pada tahun-tahun yang lalu, adakah nilai subsidi tambahan itu masih kekal statik pada nilai RM6.8billion. Ianya mampu melangkau melebihi subsisdi PETRONAS RM8billion yang ingin dialihkan itu. Jika itu berlaku, duit dari mana lagi akan Rafizi dan Pakatan korek untuk menuhi janji populis mereka itu.

KEEMPAT: Berkaitan RM8billion subsidi PETRONAS yang ingin dialihkan oleh Rafizi daripada empat syarikat besar Negara itu adalah langkah yg tidak bertanggungjawab. Kehilangan subsidi akan merencatkan perniagaan empat syarikat gergasi ini. Kesannya pasti ramai pekerja akan kehilangan pekerjaan apabila perniagaan empat syarikat gergasi ni terjejas kerana pengalihan subsidi tersebut.

Ingatlah, malapetaka ekonomi seluruh dunia semuanya berpunya apabila terjejasnya perniagaan syarikat-syarikat gergasi di negara berkenaan. Sudahkah Rafizi menyediakan pekerjaan alternatif kepada mereka yang akan kehilangan pekerjaan hasil tindakan mengalihkan subsidi itu.


Mahukan anda melihat Malaysia juga lumpuh kerana terjejasnya syarikat yang merangsang ekonomi Negara. Perkara itu juga berlaku hanya ingin memenuhi janji populis pihak pembangkang? Terserah kepada anda untuk fikirkan. Anda bakal ada anak yang akan menwarisi Negara ini.
Kita tunggu pula video-video mansuh PTPTN dan Mansuh Tol.. Kita lihat berapa banyak lagi mengabaian statistik dan mengabaian kesan masa depan yang akan dilakukan oleh pihak Pakatan Rakyat. Untuk berkuasa janji yang akan memusnahkan masa depan dan pekerjaan rakyat pun sanggup dilakukan. Semoga rakyat terus dan terus berfikir.

from: sstdm.

Monday 25 March 2013

Persamaan antara Tun Mahathir, Taib Mahmud dan Nik Aziz.

Satu perkara yang harus dicernakan bagi memahami pembangkang Malaysia ialah apa saja yang dilihat salah bagi Barisan Nasional akan menjadi tidak apa sekiranya dilakukan oleh pemimpin mereka.  Antaranya, tidak apa bagi Nik Aziz untuk berkuasa sehingga meninggal dunia, tetapi adalah menjadi satu kesalahan besar untuk Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri lebih lama, atau untuk Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk terus menerajui Sarawak iaitu melangkaui 30 tahun.  

Kini, Tun Mahathir telah pun bersara dengan meninggalkan Malaysia di puncak, dihormati dan dikagumi di seluruh dunia.  Taib Mahmud pula belum bersara tetapi telah membuktikan komitmen yang berterusan, cekap dan berkebolehan membangunkan Sarawak di samping memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyatnya. 

Tetapi, Nik Aziz pula langsung tidak ingin bersara walaupun langsung tidak menjalankan tugas, melainkan berpolitik, berceramah, bertazkirah mengutuk dan menghukum orang sahaja kerjanya selama lebih 20 tahun sudah.    

Pun begitu, pembangkang tidak pula mempersoalkan Nik Aziz, tentang kenapa lebih 10,000 ekar tanah diberi kepada DAP, tentang kenapa Kelantan terus mundur, apa jadi dengan hasil pembalakan, atau kenapa masalah air tidak dapat diselesaikan atau kenapa masalah moral semakin parah?   Sebaliknya, mereka mencari-cari jalan untuk memburukkan Tan Sri Taib Mahmud walaupun rakyat Sarawak hidup dalam keadaan makmur dan sejahtera. dan apa yg org islam perlu sedar ialah di Sarawak orang Islam merupakan minoriti tetapi dengan usaha Taib Mahmud kita masih mengekalkan penguasaan orang Islam di sana.

Jelas, masalah pembangkang bukanlah berkenaan nasib atau kehidupan rakyat, tetapi berkenaan kuasa yang ada pada Taib Mahmud yang ingin direbut mereka.  Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Taib Mahmud merupakan benteng Barisan Nasional yang cukup ampuh menahan berbagai bentuk serangan selama bertahun-tahun. 

Memandangkan Pilihanraya semakin hampir, maka tidak hairanlah apabila tembakan untuk merobohkan benteng tersebut kembali kedengaran.  Kali ini, bukan dari luar, tetapi dari dalam, iaitu dari sepupu Taib Mahmud sendiri, Norlia Rahman, dengan menyebarkan video yang memaparkan perbincangan mengenai projek yang melibatkan pelaburan langsung asing di mana kononnya terdapat unsur-unsur korupsi yang jelas di pihak Taib.  Kononnya juga video tersebut adalah diambil secara sulit, tanpa disedari oleh watak-watak di dalamnya.

Apa yang pembikin video ini tidak tahu ialah, video ini mudah ditangkis hanya dengan melihat kepada latarbelakang Norlia dan memahami motifnya.   Norlia adalah anak kepada Rahman Yakub, iaitu bapa saudara kepada Taib Mahmud yang juga merupakan bekas Ketua Menteri dan Gabenor Sarawak. 

Dendam keluarga Norlia terhadap Taib Mahmud bermula sejurus selepas Taib Mahmud menggantikan bapanya sebagai Ketua Menteri pada 1981.  Pada ketika itu, Rahman Yakub dicatatkan sebagai memiliki 70% dari lesen pembalakan Lembahan Mewah melalui anak-anak perempuannya, manakala 30% lagi dimiliki oleh Datuk Tajang Laing, ADUN Belaga.   Taib Mahmud kemudiannya telah membatalkan 30 dari lesen pembalakan yang berkaitan dengan Abdul Rahman dan menuduh bapa saudaranya itu menganugerahkan 1.25 juta hektar konsesi balak bernilai RM22.5 billion kepada diri sendiri, keluarga dan sanak-saudaranya.

Bermula dari situ, perbalahan keluarga ini menjadi semakin besar di mana pada tahun 1985, Taib sekali lagi menyinggung Rahman dengan menyingkirkan beliau dari jawatan Yang diPertua Negeri.  

Rahman berpeluang melancarkan serang balas pada 1987 yang dikenali sebagai ‘Ming Court Affairs 1987’ dengan  mengumpulkan tandatangan ADUN dan mengetuai sekumpulan ahli politik Sarawak yang kecewa dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan PBDS untuk berkumpul di Hotel Ming Court, Kuala Lumpur bagi mendesak usul  hilang keyakinan terhadap kepimpinan Taib. Bagaimanapun, Taib dapat menghidu konspirasi ini lebih awal dan mengadakan pilihanraya tergempar lalu menang tipis iaitu 28 daripada 48 kerusi dan kemudiannya bertambah 8 kerusi lagi dari ADUN yang berpaling tadah.  

Jika Taib Mahmud tidak yakin bahawa tindakannya yang telah menyinggung bapa saudara sendiri sebagai tepat, tidak mungkin beliau berani menyelesaikan perkara ini melalui pilihanraya.   

Nampaknya, sepupu Taib Mahmud, Norlia tidak mempunyai keberanian yang sama untuk bersemuka dan ‘beradu tenaga’ dengan sepupunya mengikut jalan yang benar.   Tetapi, beliau telah memilih untuk berlakon memburukkan Taib kepada orang ramai.   

Sedangkan jika benar beliau bercakap benar, apa perlunya lakonan itu? 

Seolah-olah melengkapi dendam Norlia terhadap Taib, Norliz juga merupakan isteri kepada Datuk Justin Jinggut, bekas Timbalan Presiden SNAP yang sedang giat mempromosi diri untuk mendaki tangga tertinggi dalam PKR Sarawak.  Datuk Justin juga diketahui mempunyai hubungan yang akrab dengan Anwar Ibrahim. 

Nah, bukankah telah dikatakan bahawa video tersebut mudah ditangkis? 

Walaubagaimanapun, sekiranya kita seorang yang rasional, kita tidak perlu pun pergi sejauh itu untuk menilai ketulenan video tersebut.  Ini kerana lakonan dan situasi di dalam rakaman video tersebut kelihatan amat tidak masuk akal.  Mana mungkin perbincangan berkenaan urusniaga yang begitu besar dan kontroversi dilakukan di antara orang asing dalam keadaan mesra dan santai di bilik hotel kecil.   Perhatikan juga bagaimana skrip para pelakon yang tampak begitu  sengaja menyebut secara terperinci hubungan orang itu dengan orang ini termasuk masalah dalaman keluarga Taib. 

Pendek kata, gerak badan, skrip, tempat, watak dan segala-galanya mengenai video tersebut adalah terlalu amat jelas merupakan satu penipuan terancang dan bukannya dirakam tanpa sedar.  

Oleh itu, pesan kita kepada pembangkang, apa kata untuk sekali sahaja, carilah isu yang benar-benar asli untuk berhadapan dengan BN.  Cukup-cukuplah lakonan yang tidak masuk akal kerana ia sudah mula membuat kita merasa mual.

Thursday 21 March 2013

Dari mana datangnya semua kebencian itu?

Setiap huru-hara, kacau bilau, peperangan yang berlaku di mana-mana itu, bukan lah berlaku hanya dengan sekelip mata. Bukanlah tiba-tiba ia berlaku tanpa ada angin yang meniup. Hakikatnya, memang ada tangan-tangan asing yang masuk campur dan berniat utk menjatuhkan sesebuah negara. Hayatilah video ini tanpa ada apa-apa agenda politik. Tolong lah kaitkan dengan apa yang telah berlaku di Malaysia pada hari ini. Keamanan yang dikecapi kini bukan lah juga datang dengan sekelip mata. Banyak liku-liku yang perlu di lalui dan di tangani. Hargai selagi ia masih ada. Mohon tonton video ini dan sebarkan.


Kisah manifesto.

Wajib baca dan tahu :Perbandingan prestasi bursa Malaysia 3 menteri kewangan - Anwar Ibrahim, Tun M, DS Najib.


Hari ini kita melihat perbandingan kadar pasaran bursa Malaysia semasa tiga pemimpin bertindak sebagai Menteri Kewangan - Anwar Ibrahim, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak. 
Di bawah disertakan graf kita sama-sama nilai perubahan pasaran Bursa Malaysia semasa ketiga-tiga individu ini menjadi Menteri Kewangan - dari segi turun-naik pasaran. 
1. Anwar Ibrahim

Kadar bursa Malaysia pernah mencecah paras terendah dalam sejarah negara yakni 261.33 semasa Anwar Ibrahim menjawat jawatan Menteri Malaysia. 
Ketidakpercayaan pelabur terhadap kewibawaan Anwar Ibrahim mentadbir kewangan negara merupakan faktor utama menyebabkan jumlah pelaburan semakin berkurangan seterusnya mengakibatkan Bursa Malaysia jatuh menjunam sehingga paras terendah dalam sejarah negara. 
Namun tindakan Anwar Ibrahim yang mahu menyelamatkan keadaan dengan mencadangkan pinjaman wang daripada sekutunya, International Monetary Fund (IMF) mendapat tentangan Tun Mahathir Mohamad (Dato' Seri ketika itu) kerana dikhuatiri akan menyebabkan negara ini "terjajah" di bawah IMF. 
Maka Tun M terpaksa bertindak memecat Anwar dan mengambil alih semula pentadbiran kewangan negara.

2. Tun Dr. Mahathir Mohamad
Recovery by Tun Mahathir post-Anwarisme
Pada 1 September 1998, Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah dalam sejarah negara, 261.33 disebabkan kurang kepercayaan pelabur terhadap kewibawaan Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan dan juga turut disumbangkan oleh kegagalan Anwar menangani krisis ekonomi dunia bermula 1997. 
Maka pada 2 September 1998, Anwar Ibrahim telah dipecat dan Tun Dr. Mahathir (ketika itu, Dato' Seri) telah mengambil alih semula kementerian kewangan untuk mengembalikan kepercayaan pelabur kepada Malaysia. Hasilnya, berlaku peningkatan jumlah pelaburan dalam pasaran Bursa Malaysia menyebabkan Bursa Malaysia terus meningkat dan meningkat. 
( MiM : Anda baca di sini bagaimana Tun Dr Mahathir menggunakan kaedah un-orthodox untuk menyelamatkan negara Malaysia ketika krisis 1997 : KLIK SINI )
3. Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak
Paras tertinggi dalam sejarah era Najib Razak : 1699.68
Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak dilantik sebagai Menteri Kewangan di saat krisis ekonomi global ppada tahun 2008 masih terasa. Walau pun begitu, ternyata paras terendah Bursa Malaysia sepanjang Dato' Seri Najib bertindak sebagai Menteri Kewangan ialah 801.27 berbanding paras terendah Bursa Malaysia semasa zaman Anwar sebagai Menteri Kewangan, 261.33. 
Malah graf pasaran Bursa Malaysia terus melonjak semenjak Dato' Seri Najib dilantik sebagai Perdana Menteri kerana beberapa inisiatif kerajaan ternyata berjaya menarik golongan pelabur untuk membuat pelaburan di negara ini, disamping kepercayaan pelabur dengan kondisi ekonomi negara yang stabil. 
Hasilnya peluang pekerjaan terus meningkat dan pendapatan negara mampu dijana dengan baik.

Sumber: Dr Mim 

Total Pageviews